Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida May 14, 2018 @ 3:13am

Tumpuan Media Antarabangsa, Rumah Mantan PM Jadi Popular

Laluan keluar masuk ke kediaman peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta di sini terus menjadi tumpuan pengamal media tempatan dan luar negara sehingga hari ini.

Kira-kira 20 pengamal media yang terdiri daripada wartawan dan jurukamera ‘berkampung’ berhampiran kawasan kawalan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menunggu sebarang kemungkinan susulan pelbagai dakwaan dan laporan terhadap bekas perdana menteri itu.

Kumpulan media tidak dibenarkan memasuki kawasan simpang masuk ke kediaman Najib dengan jarak kira-kira 100 meter yang dikawal pasukan polis dengan penempatan balai polis bergerak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy, ketika dihubungi Bernama, berkata pihak polis sentiasa mengawal keselamatan di kawasan itu sebagai langkah pencegahan jenayah serta bagi menjamin keselamatan penduduk sekitar kawasan berkenaan.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau telah menghalang Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor daripada meninggalkan negara dan telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen untuk ke luar negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Oct 2025

Belum Hamil, Janna Nick Dedah Wajah Sembab & Badan Naik Akibat Jalani Dua Rawatan Dapatkan Zuriat

Janna Nick perjelas badan naik dan wajah sembab sebab cucuk hormon kehamilan

Selebriti Tue, 22 Aug 2023
Featured Sat, 8 Nov 2025

Imbau Kehidupan Lahir Daripada Broken Family, Shaza Bae Gagal Tahan Sebak… Kini Dalam Fasa Berdamai Dengan Takdir

Shaza Bae, meluahkan perasaan sebaknya apabila mengimbau kembali detik kehidupannya yang lahir dalam keluarga yang tidak sempurna sejak kecil.

Featured Sat, 5 Mar 2022
Hiburan Tue, 2 Apr 2024
Featured Fri, 14 Apr 2023
error: Content is protected !!