Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi December 8, 2022 @ 5:45pm

Siti Sairah & Siti Saida Bakal Bergandingan Dalam Famili Duo Musim Baharu, Kembalikan Semangat Untuk Berkarya

Pasangan penyanyi adik-beradik, Siti Sairah dan Siti Saida meluahkan rasa teruja apabila bergandingan dalam program realiti nyanyian Famili Duo musim kedua.

Menurut Saida, dia menganggap pentas Famili Duo adalah peluang baginya untuk mempamerkan bakatnya kepada penonton biarpun sudah memasuki industri sejak 2008.

“Perasaan itu bercampur tetapi bila bergandingan dengan adik sendiri, saya rasa bersemangat nak memberikan untuk bidang seni ini.

“Semua orang tahu yang kita boleh menyanyi, mungkin pentas Famili Duo adalah peluang buat kami berdua untuk menunjukkan bakat yang ada,” kata Saida.

Bagi Siti Sairah pula, walaupun pernah menyertai Famili Duo pada musim pertama namun dia tetap berasa teruja lebih-lebih lagi bergandingan dengan kakaknya.

“Lagi seronok dan lebih teruja kerana perasaan seronok itu tak boleh saya gambarkan sebab pasti ramai yang tertunggu-tunggu dengan gabungan kami berdua.

“Kami tak sabar nak pertontonkan persembahan kami untuk penonton di luar sana biarpun kami tahu tanggungjawab ini berat. Kami tahu kelemahan kami,” ujarnya.

Menurut pelantun lagu Tinta Bukan Luka ini, mereka mengakui perjalanan seni mereka kini agak perlahan namun dengan adanya Famili Duo mereka kembali bersemangat untuk menghiburkan penonton.

“Biarpun karier kami agak perlahan, tapi kali ini kami mahu menunjukkan pada semua yang kami mempunyai bakat yang akan kami tonjolkan.

“Saya jarang buat persembahan, tapi bila terima tawaran ini saya ragu-ragu juga, tapi sebenaranya Famili Duo ini dia kembalikan semula semangat untuk berkarya.

“Sekarang adalah masanya. Ia macam mimpi bila digandingkan dengan adik, ramai yang beri sokongan kepada kami,” kata mereka ketika ditemui pada Sidang Media Famili Duo Musim Kedua di ibu kota, baru-baru ini.

Menjawab pertanyaan XTRA, Sairah dan Saida turut teruja apabila seluruh ahli keluarga memberikan sokongan termasuklah abangnya yang turut memberi idea dalam persembahan.

“Kali ini, saya berasa senang hati kerana Mak memberikan sokongan penuh kepada kami. Kali ini kami mahu tunjukkan pada keluarga yang kami dah boleh buat.

“Dalam kami punya latihan, Abang juga terbabit, Abang Ayie ada bagi tips dan idea dalam setiap persembahan, jadi seronok sebenarnya bila satu keluarga bergabung.

“Mak juga bagi idea, Kak Siti juga beri sokongan, adik beradik lain juga sama, rupa-rupanya orang sekeliling kami tahu apa yang kami perlukan,” ujar mereka.

Disoal mengenai persiapan yang dilakukan, mereka memberitahu turut menyertai kelas vokal bagi mewujudkan keserasian dan harmoni dalam membuat persembahan.

“Sudah tentu kami buat perancangan rapi seperti memasuki kelas vokal dan berbincang tentang konsep persembahan nanti, jadi kami harus berusaha lebih.

“Kita kena cuba semuanya, sebelum ini kami lihat kakak sahaja yang buat persiapan dalam segala persembahannya tetapi kini giliran kami pula.

“Kami banyak buat kajian dan berlatih kerana ia perlu wujudkan harmoni. Jadi itu cabaran buat kami,” tutupnya.

Famili Duo musim kedua bakal menemui penonton mulai 18 Disember 2022, setiap Ahad, 9.00 malam di TV3 akan menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.

Antara tujuh pasangan peserta yang bersaing di musim baharu Famili Duo ialah Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu), Ayda Jebat & Fyna Jebat (adik-beradik), Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (Adik Beradik), Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu), Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik) dan Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Jul 2018

《欢喜第1等》总决赛708 云顶云星剧场引爆!

历经5个月的鏖战《欢喜第1等》5强歌手出炉,黄威尔、田育慈、胡缋颐、张引山以及Gary徐梽豪随即迎来总决赛,展开属于王者的终极对决!

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

‘Ya…Saya Dah Single’ – Azira Shafinaz

Tak apalah…kumbang bukan seekor. Ye tak?

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

Gambar Bogel Mirip Anak Tular, Che Ta Lapor SKMM

Ammar baru dapat tahu mengenai penyebaran gambar itu hari ini. Disebabkan itu, Ammar dan pengurus saya sudah buat laporan kepada pihak SKMM.

Hiburan Fri, 28 Apr 2023
error: Content is protected !!