Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi December 9, 2022 @ 2:45pm

Viral Lagu ‘Siapa Sokong Penyamun’, Altimet Dedah Hak Royalti Diberi Pada Waris P Ramlee – “Tahun Ni Terakhir Sebab Lepas 50 Tahun…”

Penyanyi, Altimet memaklumkan dirinya telah menyerahkan hak royalti untuk lagu Aduh Malaysia kepada waris Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Lagu yang diinspirasikan menerusi filem Ali Baba Bujang Lapok itu hangat menjadi perbualan netizen dek liriknya yang dikatakan kontroversi lebih-lebih lagi ketika musim Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu.

Jelas Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad, kali terakhir waris P Ramlee akan menerima royalti adalah pada tahun 2022 kerana difahamkan hak mereka akan lupus selepas 50 tahun.

“Sebenarnya saya lepaskan semua royalti lagu ini ke waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

“2022 antara tahun terakhir untuk waris-warisnya dapat hasil harta intelek dia. Hak ini lupus 50 lepas pencipta meninggal.

“Lagi ramai orang nyanyi, lagi banyak diorang dapat. Jadi terima kasih semua,” tulisnya di Twitter rasmi miliknya.

Mengulas lebih lanjut, Altimet berkata lagu tersebut sudah lama dirancang pada tahun 2016 namun baru dapat melancarkannya tahun ini mengikut kesesuaian waktu.

“Benda ni dah lama rancang. Lagu siap 2016. Update sikit tahun 2021/22. Sentimen rakyat kena pada masa ini. Allahyarham meningggal 1973.

“Apa lagi. Terima kasih semua yang viralkan lagu ini. Saya tak mampu balas jasa satu persatu,” katanya lagi.

Disoal mengenai hubungannya bersama P Ramlee oleh netizen, Altimet menjelaskan tempoh waris menerima hak royalti hampir tamat.

“Apabila seorang pencipta meninggal dunia, hasil royalti harta intelek dia diberi ke warisnya, selama 50 tahun. Memandangan Tan Sri meninggal 1973, tempoh waris-warisnya menerima hasil titik peluh kreatif dia dah nak tamat,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Oct 2021

Juara Carta RIM 6 Minggu Berturut-Turut, Joe Flizzow Puji Yonnyboii, Zynakal & Asyraf Nasir

Penyanyi rap popular, Joe Flizzow memuji sifat berani bintang hip hop generasi kini, Yonnyboii, Zynakal dan Asyraf Nasir yang memastikan karya mereka memiliki nilai estetika berkualiti. Lagu nyanyian Yonnyboii, Zynakal dan Asyraf, Tak Sangka mencipta […]

Featured Fri, 7 Apr 2023
Hiburan Thu, 2 Oct 2025

Himpunan #Stand4Sumud, Air Mata & Doa Rakyat Malaysia Iringi Sukarelawan Aktivis Kemanusiaan

Perhimpunan Global Sumud Flotilla berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat dihadiri lebih 5,000 rakyat Malaysia

Hiburan Fri, 25 Oct 2019
Featured Sun, 14 Nov 2021

“Saya Tak Berkempen Pun” – Fattah Amin Menang Pelakon Filem Lelaki Popular Atas Usaha Peminat

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin memenangi trofi Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34. Fattah menewaskan empat calon lain iaitu Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Syahmi Sazli dan Izuan Fitri. Menurut Fattah, projek […]

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Tiara Jacquelina Terkilan Tak Dapat Jumpa Allahyarham Zaibo

Maklumnya, ‘Hang seorang je yang tengok keadaan aku yang kurus macam ni. Aku rasa aku ada 4-5 bulan aja’

error: Content is protected !!