Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain December 14, 2022 @ 12:50pm

Tampil Positif Ulas Isu ‘Beauty Standards’, Ramai Kagum Dengan Alicia Amin – “Cantik Cara Kita”

Pelakon dan model Alicia Amin tampil memberikan motivasi dan inspirasi buat para wanita ketika mengulas mengenai isu ‘beauty standards’, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Alicia telah memuat naik videonya yang sentiasa positif untuk membahaskan mengenai isu kecantikan buat peminatnya.

Menurut Alicia, dia lebih selesa menjadi dirinya sendiri biarpun berbeza dengan apa yang sering ditonjolkan di kaca televisyen dan majalah.

“Di depan camera saya boleh jadi macam-macam. Garang, cantik, flawless tapi di sebalik tadbir bila semua solekan ditanggalkan, model akan kelihatan kembali normal dengan flaws dan insecurities.

“Dulu orang selalu cakap saya papan, tiang lampu, ada yang tanya saya lelaki ke perempuan kerana ketinggian saya dan susuk tubuh saya.

“Jadi saya tak terlalu feminine bila keluar kadang-kadang orang akan cakap saya lebih cantik di dalam gambar dan kelihatan penat bila tanpa makeup. Dan saya bersetuju sebab bila photoshoot ada orang siapkan kita. Tapi inilah saya yang sebenar,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon itu juga menyeru agar kaum wanita terus yakin dan sayangi diri mereka melalui kecantikan yang tersendiri.

“Beauty standards ni sebenarnya untuk siapa? Saya rasa apa yang lebih penting bila kita suka berpenampilan seperti apa yang kita suka tengok.

“So, buat je apa yang kita suka dengan potong rambut, pakai pakaian tu dan cuba kenakan makeup yang pelik. Create a new standard, cantik cara kita untuk jadi lebih confident dan cantik,” jelasnya.

@hangrii Insecurities Alicia? Cuba teka. Beauty standards sebenarnya untuk siapa? What’s most important is if YOU like yourself. So do whatever you want. Cut your hair if you want, cuba makeup style pelik2, wear that outfit, love your skin CREATE a new standard. Cantik, Cara kita!💙 Everything you need to get out of the funk and into your most be-YOU-tiful self, LazBeauty has you covered #lazbeautycantikcarakita #LazBeautyMY #LazadaMY @Lazada Malaysia ♬ original sound – Alicia Amin

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminatnya bersetuju dan kagum dengan perkongsian tersebut.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 17 Sep 2018

研究证实:男人出门前亲吻另一半,能赚更多钱、活更久

从今天起,请告诉你的另一半:我们来亲吻吧!这可不只为了增进你们的感情,更是为了能赚大钱,以及换取健康长寿。

Hiburan Fri, 24 May 2019

华巫演员同台飈戏!林奕廷紧张得辗转难眠

八度空间国庆日特备电视电影《当时明月在》华巫演员同台飈戏,「视后」林奕廷紧张得辗转难眠,直呼“心慌慌~”

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Ini Perkara Menarik Yang Korang Mesti Tak Tahu Bila Tonton Drama Korea – Encounter?

Wah! Ensem kan Oppa korang ni? Mesti melting tengok drama-drama dia kan

Featured Fri, 4 Mar 2022

#RoadToAJL36 – Persembahan Paling Win Sepanjang AJL

Wow! Masih hangat ‘membara’ persembahan AJL yang lepas kan

Hiburan Sat, 2 Mar 2019

Sambut Ulang Tahun Ke 25, Justin Bieber Dihujani Ucapan Istimewa

Happy Birthday Justin Bieber, rindu nak dengar lagu baru dia kan!

Hiburan Sat, 15 Jun 2019

Tak Kisah Pulangan, Awi Rafael Beramal Seikhlas Hati

Banyak program menarik disediakan di Great Amal Fest 2019 yang bakal berlangsung pada 23 Jun ini bermula jam 12 tengahari hingga 10 malam.

error: Content is protected !!