Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 16, 2022 @ 12:30pm

“Saya Tidak Akan Selamanya Begini” – Emma Maembong

Pelakon Emma Maembong mengakui dia tidak akan kekal dengan imej tidak menutup auratnya kerana suatu hari nanti dia pasti akan berubah dan kembali mengenakan hijab.

Menurut Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 30, setiap wanita yang beragama Islam mahu menjadi wanita muslimah yang sentiasa belajar menjadi lebih baik dan sedar ramai peminatnya juga berharap agar dia kembali menutup aurat seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini.

“Tiada siapa yang mahu berbuat jahat dan akan selamanya kekal dengan imej tidak menutup aurat.

“Bagi saya setiap wanita muslim yang beragama Islam mahu menuju ke arah kebaikan sama macam saya juga,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon drama rantaian popular Bicara Cinta itu memaklumkan, bukan mudah untuknya berubah dalam sekelip mata terutamanya apabila dia bergelar sebagai seorang selebriti dan dikenali ramai.

“Saya tidak akan selamanya begini. Saya pun mahu ke arah kebaikan kerana saya bukannya makin muda.

“Lima tahun lepas saya pernah mengenakan hijab dan Insya-Allah satu hari nanti saya akan ke arah itu semula. Namun, bukan mudah untuk seseorang berubah lebih lagi bagi mereka yang hidup dikelilingi masyarakat yang suka menjatuhkan hukum,” jelasnya.

Tambahnya lagi, tidak semua peminat bahkan individu disekeliling senang dengan kehadirannya malah ada yang menuding jari terhadap suaminya dengan menuduh dia tidak pandai menjaga isteri.

Ini sekaligus membuatkan suaminya, Muhammad Shazli Azhar terasa hati dengan tuduhan netizen.

“Suami saya pun manusia biasa. Bila dengar orang kata dirinya tidak pandai ajar isteri, sudah tentu dia terasa. Orang lain yang mendengar pun rasa seperti kasar sangat teguran macam tu.

“Jadi, saya ada bercakap dengan suami abaikan sahaja, sebab nanti kalau melayan hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Lama-lama dia faham,” ujarnya.

Sementara itu, Emma berkata apa yang dipamerkan di  media sosialnya adalah kehidupannya sebagai seorang selebriti dan bukan sebagai pemilik nama Fatimah Rohani Ismail.

“Nama Instagram saya pun Emma Maembong jadi biarlah saya tunjuk kehidupan sebagai seorang Emma Maembong dan sebagai seorang selebriti sahaja,” katanya.

Terdahulu, Emma sering terpalit dengan beberapa kontroversi melibatkan cara pemakaiannya yang semakin seksi.

ARTIKEL BERKAITAN:Pamer Foto Seksi Ditepi Pantai, Emma Maembong Diminta Jaga Aurat

ARTIKEL BERKAITAN:Scammer Berani Guna Gambar AC Mizal & Emma Maembong Jalankan Skim Penipuan – “S**l Betul La Raya Buat Kerja Haram”

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Kecewa Emma Maembong Makin Seksi, Pakai Singlet Ketat – “Jangan Sampai Allah Balikkan Hati, Dulu Elok Tutup…”

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Risau, Shahz Jaszle & Emma Maembong Menari Sambil Berpeluk! – “Makin Teruk, Tapi Dianggap Biasa”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Selepas Berpeluk, Shah Jaszle & Emma Maembong Bertepuk Punggung? – “Makin Keterlaluan!”

Sumber: Gempak, Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 May 2025
Hiburan Thu, 5 Apr 2018

16 Tahun Tanpa Album, Jackie Chan Siap Sedia Asah Suara!

Bakal tampil dengan album terbaharu tak lama lagi, pelakon berusia 64 tahun ini dah tak sabar untuk menghiburkan kita dengan lagu-lagu terbarunya. Fuh, mesti gempak ni!

Featured Tue, 6 Sep 2022
Hiburan Tue, 15 May 2018

Rumit! Armin Pasang Syarat Untuk Cerai

Saya bersetuju untuk bercerai dengan baik tetapi dengan syarat saya dibenarkan untuk bertemu anak-anak saya…

Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Marah Dengan Bekas Suami, Lihat Apa Yang Angelina Jolie Buat…

Memiliki enam orang anak iaitu  Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, dan kembar Knox and Vivienne, perbalahan pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie terus mendapat liputan media antarabangsa sehingga kini.

Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Ibu Sumber Inspirasi, Cef Sherson Buka Restoran Masakan India

Sejak kecik Sherson sudah terbiasa menikmati juadah bervariasi.

Trending Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Thu, 11 Jan 2018

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal Di Korea

Walaupun sibuk berkerja tetapi tidak pernah lupa untuk mengembirakan anak-anak dengan membawa mereka bercuti

error: Content is protected !!