Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain December 19, 2022 @ 2:20pm

Raih Sorakan Padu, Konsert Afgan Jadi Malam Galau Buat Peminat

Seperti yang dijangka, konsert  Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminatnya di Malaysia, Sabtu lalu.

Konsert yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu juga menyaksikan persembahan yang bertenaga dari penyanyi terkenal Indonesia Afgan.

Dengan kehadiran seramai 2,800 orang, konsert anjuran Renjana Idea itu juga  menerima sorakan padu dari penonton yang hadir lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita.

Terkenal dengan lagu-lagu ‘sendu’, Afgan juga berjaya membuatkan rata-rata penonton yang hadir menjadi galau dengan kelunakkan suaranya dalam setiap persembahan.

Bukan itu sahaja, penyanyi itu turut menyanyikan sebanyak 24 buah lagu sekali gus menerima pujian yang baik dari peminat yang hadir pada malam itu.

Antara lagu yang dinyanyikan ketika di konsert tersebut ialah Knock Me Out, Wajahmu Mangalihkan Duniaku, Untukmu Aku Bertahan, Terima Kasih Cinta, Ku Dengannya Kau Dengan Dia, Percayalah, Touch Me, Pulih, Pendam, Bukan Cinta Biasa dan banyak lagi.

Malah, konsert tersebut juga sempat menyaksikan penyanyi itu berjenaka bersama penonton yang hadir selepas mendendangkan lagu Jodoh Pasti Bertemu.

“Saya tak suka lagu ni. Lagu ini sudah 10 tahun dikeluarkan tapi jodohnya masih belum ketemu sampai sekarang,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Selain itu, Afgan juga sempat menyanyikan lagu Sinaran nyanyian asal Dato’ Sheila Majid yang turut hadir pada malam itu.

Afgan juga mengakhiri persembahannya dengan menyanyikan lagu Panah Asmara yang menjadi penantian ramai penonton pada malam itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kini, Saya Lebih Tenang” – Bertemu Ahli Terapi, Pandemik Beri Hikmah Kepada Afgan Gara-Gara…

Kredit Foto: Renjana Idea

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 6 May 2018

Mahu Habiskan Masa Berdua Lebih Lama, Punca Mawar Belum Berbadan Dua

Namun, selepas 6 bulan usia perkahwinan pasangan ini, ramai yang bertanya agaknya bilakah Mawar dan Raf bersedia mahu menimang cahaya mata? Mana taknya, kedua-duanya pun kelihatan gembira dan sangat serasi bukan?

Hiburan Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Fri, 6 Jul 2018

Lagu “Police Entry” Tuju Untuk Lelaki Penipu?

Penyanyi ini pernah bercinta dengan seorang ahli perniagaan dan hubungan mereka putus di tengah jalan angkara orang ketiga.  

Hiburan Mon, 22 Jul 2019

Fans Conspiring a ‘JBJ’ Group for ‘Produce X 101’!

Because of not making it into the final line-up, fans are demanding the trainees to…

Hiburan Tue, 8 Oct 2019

Tolak Jadi ‘Mangsa’ Depresi…Ini Cara Aman RA

Jom terus Bangkit macam Aman RA!

Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Featured Mon, 17 Apr 2023

Isu Pecah Pasu RM400,000, Yana Samsudin Dedah Kejadian Sebenar… – “Saya Ada Bukti & Tak Bersalah!”

Haaa, Yana bukan tak mampu nak bayar. Korang pun janganlah serang dia 🫣

error: Content is protected !!