Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi December 19, 2022 @ 6:15pm

[VIDEO] ‘Jauh Hati’ Ceritakan Episod Hitam Dalam Perkahwinan Shila Amzah – “Lirik Ditulis Sehari Sebelum Saya Keluar Rumah”

Penyanyi Shila Amzah menggambarkan suasana perit yang dilaluinya dalam perkahwinan bersama bekas suami menerusi sebuah lagu terbaharunya berjudul Jauh Hati.

Cukup terkenal dengan lagu berkisar tentang kehidupan peribadi, Shila mendedahkan lirik lagu tersebut tercipta selama 20 minit serta dihasilkan sehari sebelum dia dan anak angkat kaki keluar meninggalkan kediaman mereka, sepanjang bergelar isteri selama empat tahun.

“Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan perkahwinan ini seminggu sebelum saya tulis lagu ini. Saya tinggalkan rumah pada 12 November 2021 dan lirik lagu ini ditulis malam sebelum saya keluar,” katanya.

Disoal sekiranya bekas suami akan tersinggung kerana menceritakan kisah peribadi mereka dalam lagu, pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 ini berkata dia tidak berasa bimbang.

“Dia sepatutnya bangga sebab siapa je yang nak tulis lagu pasal dia. Sudah-sudahlah kalau masih nak sentap, berakhir lama dah hubungan ini.

“Dia tahu saya jenis macam mana dan dia tahu juga yang saya memang menulis. Jadi sesiapa yang bersama dengan saya patut tahu fakta ini.

“Keluarga dia sendiri dah tahu apa yang terjadi. Melainkan kalau tiada siapa yang tahu dan tiba-tiba lagu ini keluar, jadi ya saya akan jelaskan.

“Tapi sebab semua pihak dah tahu, jadi saya rasa lagu ini tak akan ada isu. Bila menjadi anak seni ini memang kita akan menulis sebuah lagu yang diinspirasikan dari kisah peribadi,” katanya.

Begitupun, Shila menegaskan lirik lagu Jauh Hati tidak semuanya menceritakan mengenai kisah peribadinya bersama bekas suami, malah juga menggambarkan tentang peristiwa hitam yang pernah dilaluinya dalam perhubungan.

“Saya mahu tekankan di sini walaupun lirik ini ditulis semasa kejadian itu berlaku, ia juga merangkumi semua jenis hubungan yang saya alami dan saya tak pernah tulis dalam lagu.

“Saya bukan nak jadi mangsa atau apa, namun secara jujurnya semua hubungan cinta sebelum perkahwinan dan selepas perkahwinan semuanya memberi pengalaman buruk.

“Lagu ini bukan sahaja tentang bekas suami ketika itu, tetapi juga kemudian,” jelasnya lagi.

Shila berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu Jauh Hati di Royal Chulan Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Sekadar info, Shila dan bekas suami, Haris Elias berkahwin pada April 2018 dan bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang putera sulung, Seth Uwais yang kini berusia 2 tahun.

Jauh Hati boleh didengari di seluruh platform pernstriman digital termasuk Spotify, Apple Music, Joox dan banyak lagu serta muzik video rasmu boleh ditonton secara rasmi di YouTube Nova.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Feb 2020
Featured Fri, 13 Feb 2026

Watak Paling Dibenci Kini Jadi Sebutan! Ustaz Irfan ‘Angkat’ Nama Firdaus Karim

watak Ustaz Irfan dalam drama Doa Yang Terlindung semakin mencuri perhatian dan menjadi antara karakter paling hangat diperdebatkan penonton.

Events Wed, 9 Mar 2022
Hiburan Sun, 28 Apr 2019
Anugerah Mon, 24 Jul 2023

Isu Usap ‘Baby Bump’ Isteri Di ABPBH 35, Ini Respons Beto Kusyairy

Takpe Beto, belum rezeki. Moga Allah perkenankan doa-doa ini nanti🥰🥰🥰

Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Rambut Pink & Tampil Seperti Barbie, Masya Masyitah Dah Freehair?

Uishhh, rambut pink la Masya Masyitah 🫣🫠

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Dakwaan Jadi Perampas, Nina Iskandar Jawab Netizen!

Apa boleh saya katakan, kami mula berkawan rapat dan hubungan mula serius selepas perkara ini selesai…

Trending Sat, 5 Jun 2021
Featured Wed, 23 Aug 2023

Didakwa Tak Laku & Takut Hilang Job, Eyka Farhana Nafi Kahwin Senyap-Senyap -“Kalau Boleh Saya Nak Bagitahu Semua Orang!”

Betul tu buat apa nak kahwin senyap-senyap kalau boleh habaq kat orang ramai🤩🤩🤩

error: Content is protected !!