Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain December 27, 2022 @ 2:30pm

Mira Filzah Kongsi Amalan Untuk Mendapat Kebahagiaan Di Akhirat – “It’s Very Important For Us Not To Forget Our Basic Things”

Pelakon Mira Filzah tampil berkongsi pendapatnya mengenai amalan untuk mendapat kebahagiaan di akhirat, baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Mira menyatakan bahawa setiap manusia tidak pernah mengetahui situasi sebenar di akhirat nanti.

Namun, Mira turut mengingatkan agar setiap umat Islam kekal menjaga perkara-perkara asas agama biarpun sibuk mengejar kebahagiaan di dunia.

“Macam mana you betul-betul yakin you akan dapat kebahagian di akhirat? I don’t know, you don’t know. Kita takkan pernah tahu kita akan berada di kedudukan bagaimana, macam mana di akhirat nanti. Kita takkan pernah tahu.

“Jadi, dalam kesibukan kita di dunia ini mengejar apa yang patut, mencari jodoh, cita-cita, mencari duit dan sebagainya. I think it’s very important for us not to forget our basic things.

“Sebagai contoh, solat lima waktu, belajar mengaji bagi sesiapa yang tidak tahu atau sekurang-kurangnya setiap minggu kalau dapat baca Surah Yasin setiap malam jumaat pun dah cukup bagus.

“Benda-benda lain seperti bersedekah, benda-benda yang boleh mendatangkan pahala pada kita supaya ini juga akan menjanjikan kita untuk mencapai goals kita di akhirat nanti,” katanya.

@mirafilzahh._ Inshallah saya kongsikan serba sedikit ilmu yg kita ada amin jika salah maaf ye❤️#fyp #mirafilzah #islam #akhirat #fypシ ♬ Dream – Shin Giwon Piano

Perkongsian yang berdurasi satu minit tujuh saat itu sekali gus meraih pelbagai respons dari warganet yang bersetuju dengan pendapat pelakon itu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 28 Jan 2024
TECH Thu, 13 Dec 2018

3 Aplikasi Asas Ini Boleh Jadikan Anda Pelukis Digital Terhebat!

Adakah anda mempunyai masa untuk melukis ataupun ingin menjadi pelukis yang hebat? Anda perlu cuba aplikasi ini.

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Mira Filzah Tak Mahu Kongsi Banyak Kisah Peribadi

Nak kata ada ciri-ciri lelaki idaman tu, tak tahu la tetapi saya selesa berkawan dan bergaul dengannya.

Featured Wed, 27 Aug 2025
Featured Tue, 7 Mar 2023

“Dia Terbuka Untuk Mencuba” – Yazmin Aziz Kongsi Teman Lelaki Minat Kenali Budaya Melayu & Agama Islam

Kekasih saya bukan orang Islam tapi dia sangat menghormati agama Islam – Yazmin Aziz

Featured Wed, 3 May 2023

Selepas Isu Tegur Pembaca Berita, Ada Pula Netizen Dakwa Hattan Tak Beratur, Suka Potong Barisan?

Alamakkk… Belum reda isu sekolahkan pembaca berita. kini timbul pula dakwaan lain 🥵

Trending Thu, 18 Jan 2018

Disangka Dengar Ceramah, Pelajar Juvana Akhirnya Loloskan Diri

Polis memburu tiga penghuni sekolah juvana Teluk Air Tawar yang dipercayai melarikan diri ketika program ceramah harian diadakan

error: Content is protected !!