Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa January 5, 2023 @ 5:18pm

Mamat Got No Chill Dedah Pernah Kerja Bundle Sebelum Terkenal!

Umum mengetahui, pempengaruh Mamat Got No Chill atau lebih dikenali dengan panggilan Mamat sering memuat naik video menarik sehingga berjaya meraih perhatian ramai.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian menerusi podcast 3 Tambah 1 yang dikendalikan oleh penyanyi Shila Amzah dan pempengaruh Ubai MZ di platform TikTok apabila mereka menjemput Mamat sepanjang tetamu untuk program tersebut.

Menerusi hantaran terbabit, Mamat mendedahkan dia pernah menjual pakaian terpakai suatu ketika dahulu sebelum dikenali orang ramai menerusi platform TikTok.

Menurut Mamat lagi, dulu dia hanya membuat kandungan sekadar untuk menaikkan tontonan dan tanda suka sahaja.

Walaubagaimanapun, tontonan content Mamat naik dengan mendadak sehingga dia membuat keputusan untuk tidak menjual bundle lagi dan fokus membuat ‘review’ pula.

“Dulu TikTok ini, saya jual baju bundle. Buat content pun sekadar nak naikkan views dan likes je. Akaun Mamat Got No Chill itulah saya guna buat bundle.

“Followers time itu 40,000. Buat content nak naikkan views je, lama-lama naik betul. Naik banyak sangat.

“Lepas itu, saya fikir macam tak payah jual bundle dah, ni kalau buat review okay ni. Hahaha masa itulah,” ujar Mamat.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan bahawa mereka pernah membeli baju dengan Mamat suatu ketika dahulu dia bekerja menjual bundle bersama dengan kakaknya.

“Aku pernah beli baju dengan Mamat ni masa dia jual bundle.

“Aku follow Mamat sebab video kakak dia susun baju ikut warna legend woo.

“Yes. Aku selalu beli baju bundle kat dia dulu.

“Aku follow dia masa dia jual bundle, yang kakak dia susun baju ikut warna itu.

“Aku kenal Mamat time kakak dia kot susun baju ikut warna tu,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 703,000, 65,000 tanda suka dan 219 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 21 Dec 2018

Cara Memaksa Isyarat pada Android menjadi 4G Sahaja

Seperti yang kita tahu, rangkaian 4G mula berkembang di Malaysia. Bagi anda yang ingin mengunci telefon pintar ke dalam rangkaian 4G, inilah caranya.

Hiburan Sun, 20 Jan 2019
Replicated Draft Thu, 18 May 2023

Beras Jati Sambut Ulang Tahun Ke-30, Cipta Rekod Hasilkan 3 Tan Beras Untuk Disumbangkan

Jenama beras terkemuka Jati, baru-baru ni menyambut ulang tahun ke-30 mereka. Haa.. Siapa tak tahu beras Jati kan? Jenama beras ni dah sinonim sangat dengan kita orang Malaysia yang wajib makan nasi hari-hari. Bagi meraikan […]

Hiburan Sat, 20 Sep 2025
Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Hos Kacak Diserang Individu Misteri?

Menerusi posting berkenaan, penulisannya menggambarkan dirinya sedang bersedih apabila dilabel sebagai hos ‘sendu’. Aik, kenapa tu?

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

《金曲奖》客家歌手黄连煜来马一连2天开唱!

把客家歌曲带入主流音乐市场的台湾客家歌手黄连煜定档8月31日及9月1日,连续两天在吉隆坡和槟城深情开唱,要让大马歌迷感受黄连煜的客家创作音乐魅力。

Featured Wed, 1 Mar 2023

“Suami Tak Tegur Ke?” – Kain Terbelah Paras Betis, Penampilan Uqasha Senrose Ditegur.. Ini Respons Tuan Badan

Amboiiii, jahatnya mulut 🥵 Pelan pelan la kan berubahh, takpa Uqasha tetap cantik dimata Min ❤️

error: Content is protected !!