Euforia Bola 2026
#tilljannah By: Dharnieya Nur Amelsa January 7, 2023 @ 4:17pm

Kongsi Detik Awal Berkenalan Dengan Sari Yanti, Ramai Puji Sikap Jep Sepahtu – “Jarang Jumpa Lelaki Tak Nervous…”

Umum mengetahui, pasangan suami isteri, Jep Sepahtu dan Sari Yanti sering mencuri perhatian ramai dengan momen romantis dan mesra mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di aplikasi TikTok yang memaparkan Jep menceritakan momen-momen di awal perkenalannya dengan isteri tercinta.

Menurut Jep, dia menghantar mesej dan mengajak Sari keluar berjalan-jalan serta memberitahu bahawa dia serius dan tidak bermain-main.

“Mesej pastu ada keluar jugalah, cuma kita cakaplah kita bukan main-mainlah,” katanya.

Menurut Jep lagi, jika Sari bersetuju untuk keluar dengannya, dia akan berjumpa dengan bapa Sari.

“Kalau kata memang ok. Memang saya nak jumpa bapa dia. Sebab saya memang nak ‘sound’ bapa dia.

“Maknanya saya memang nak cakap dengan bapa dia. ‘Sound’ itu macam nak suarakanlah.

“Saya nak suarakan isi hati saya macam ‘pakcik biar saya jaga dialah, saya rasa saya nak jaga dia’,” ujarnya.

Ditanya adakah dia gementar atau tidak, Jep memberitahu dia tidak merasai perasaan terbabit memandangkan dia tidak membuat benda yang tidak elok.

“Saya ok je. Sebab kita bukannya nak buat benda yang tak elok,” akhiri Jep.

@sinar_my Jep cerita awal-awal perkenalan dengan Sari Yanti. Terkejut dengar Jep “sound” ayah mentua dia 🤣😂 #xyzbca #fypシ #pagidisinar ♬ original sound – SINAR

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan sikap pelawak tersebut adalah ‘gentleman’ dan turut memujinya.

“Baguslah Jep ni, cara dia gentle.

“Jep ni tak suka main-main cinta monyet. Dengar dalam radio ayat dia ‘Saya nak jaga dia’ gentleman betul.

“Jarang jumpa lelaki yang tak nervous jumpa calon mertua. Gentle habis ni

“Memang dah lama nak tahu macam mana dia bercinta dengan Sari hihi. Sebab sweet sangat. Minat Jep dari dulu sampai sekarang. Jep dan Sari,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Featured Mon, 13 Oct 2025

PU Rahmat Kongsi Pengorbanan Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Mahu Sertai GSF – “Duit Tabungan Mereka Mampu Tampung 1 Orang Sahaja”

PU Rahmat berkongsi mengenai pengorbanan rakannya yang juga penyanyi Zizi Kirana dan suaminya, Yusuf Bahrin sebelum sertai GSF.

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

萧秉治正式回归《爱过你有多久就有多痛》唱进人心

终结三年等待,走出黑暗幽谷,告别过去,经历内心风暴后重生的萧秉治,宣告正式回归!

Hiburan Sat, 2 Nov 2019

‘Buat Apa Nak Takut’- Amyra Rosli Komen Imej Baharu

Alhamdulillah…semoga terus istiqamah!

Featured Tue, 5 Aug 2025

Isteri Alami Masalah Dalaman, Aliff Syukri Mengaku Terkena Penyakit Ain -“Bila Live Je Rasa Benci, Nak Mengamuk”

Lebih menghairankan pembantu peribadi, maid dan pengawal terdiir dariapda 11 orang tidak mengalami masalah sama.

Featured Tue, 7 May 2024
Hiburan Mon, 22 Sep 2025
Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Pelakon Kacak Viral Di Twitter Gara-Gara Hutang Unifi?

Baru-baru ini, nama Sherzod Yusuf sekali lagi ‘naik’ di laman Twitter apabila dikaitkan dengan hutang terhadap seorang gadis bernama Syafikah.

Hiburan Wed, 14 Jun 2023

Luah Rasa Rindu, Ismail Izzani Tayang Teman Wanita?

Wahh siapa teman wanita Mael tu?

error: Content is protected !!