Euforia Bola 2026
Drama By: Padin January 12, 2023 @ 4:24pm

Kecoh Kelibat Aliff Aziz Di Kelab Malam

Hangat di media sosial memperkatakan mengenai kelibat pelakon Aliff Aziz di sebuah kelab malam.

Klip yang dimuat naik itu turut memaparkan penyanyi itu bersama seorang wanita di kawasan parkir.

@mstarmalaysia Wahhh, Aliff Aziz tengah shooting drama ke tu? #BeritaDiTikTok #mStar ♬ original sound – mStar Official


Ruangan komen turut dibanjiri dengan lontaran andaian oleh netizen mengenai perkara ini.

Pelbagai pendapat dikongsi oleh netizen, ada yang bersangka baik malah ada ramai yang mengecam Aliff.

Penjelasan Sebenar

Ternyata spekulasi kurang enak didengar itu tidak berasas.

Kehadiran Aliff di kelab malam terbabit adalah untuk sesi penggambaran sebuah drama yang berjudul ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah.’


Kredit: instagram.com/mira_ariyatt

Pelakon berusia 32 tahun itu memainkan watak sebagai Luth Mikail, seorang ahli perniagaan muda yang berjaya.

Seperti yang digambarkan, watak yang dibawa Aliff itu gemar ke pusat hiburan dan kelab malam untuk berhibur bersama rakan-rakan karibnya.

Namun, suatu tragedi yang menimpa telah mengubah segalanya.


Kredit: instagram.com/sophiaalbarakbah.fc

Sikap rakus manusia serta gelora emosi adalah elemen yang diketengahkan dalam drama Akasia TV3 terbaharu ini.

Turut membintangi drama ini adalah Sophia AlBarakbah, Halim Radzi dan Jasmine Suraya.

Jangan lupa untuk menyaksikan lakonan Aliff bersama barisan pelakon yang berbakat menerusi drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ yang akan mula bersiaran pada 6 Februari ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Apr 2025

Beraya Di Johor, Irfan Haris Bongkar Kisah Disebalik ‘Velocity Cinta’ Fattah Amin & Amira Othman – “Tak Sangka Abang Long Bagi Mini Love”

Pada mulanya Irfan terkejut apabila ibunya memasak hidangan sambal udang dalam kuantiti yang banyak

Featured Wed, 2 Nov 2022

Mahu Jaga Anak Dahulu, Anzalna Nasir Tolak Tawaran Lakonan

Pelakon jelita, Anzalna Nasir lebih memilih untuk menjaga anak-anak berbanding terlibat dengan projek drama buat masa sekarang. Pelakon jelita itu mahu memikul tugas menjaga anak bersama suaminya, Hanif Zaki tidak kira sama ada mempunyai pembantu […]

Featured Mon, 26 Sep 2022
Featured Fri, 27 May 2022
Featured Fri, 13 May 2022

“Mungkin Dia Malu Kot…” – Lelaki Berbaju Melayu Curi Kondom Di Kedai Serbaneka

Alamak… 1 Syawal dah macam-macam hal eh! Habislah lepas ni baju Melayu merah kena blacklist 😂

Featured Wed, 23 Apr 2025

Bakal Nikah Bulan Depan, Eyka Farhana Enggan Kongsi Tarikh Kahwin

Majlis pernikahan mereka akan diadakan secara sederhana di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.

error: Content is protected !!