Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: SGMS Faida May 17, 2018 @ 2:02pm

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Salam Ramadhan Al Mubarak!

Sempena hari pertama kita menyambut bulan puasa ini, Chef Imelda Harris akan berkongsi himpunan menu yang mudah, cepat dan menyelerakan. Nyums!

Bagi anda yang masih bujang atau belum berkeluarga, Chef Imelda sarankan untuk cuba masakan Linguine Tuna Carbonara.

Tak sampai 30 minit, hidangan boleh tersedia di atas meja. Menu sesuai untuk anda yang pulang kerja lewat dan mahukan juadah yang memikat rasa. Antara bahan-bahannya;

250g linguine direbus
2 biji bawang putih ditumbuk kasar
1 tin tuna di dalam air
5 biji cendawan butang dihiris nipis
40g keju feta dipotong kiub kecil
1 cawan krim masakan
Sedikit garam & minyak
Sedikit air jika perlu

Caranya mudah sahaja tau!

1) Tumis bawang dengan sedikit minyak sehingga kuning-kekuningan. Kemudian masukkan separuh cili padi, cendawan dan tuna.

2) Kemudian tumis sehingga sedikit garing.

3) Tuangkan krim, keju feta dan kacau sehingga sebati.

4) Masukkan pasta dan kacau sehingga rata.

5) Tambahkan air jika perlu dan ubah suai rasa mengikut citarasa anda.

Mudah kan? Bahan-bahan pun simple dan tak susah dicari. Untuk si bujang di luar sana, selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Jun 2025

Isu Kes Ped*filia, Mekyun Bengang Foto Dimuat Naik Dalam “Group Budak-Budak Sekolah Rendah”

Mekyun enggan berdiam diri susulan isu kes pedofilia melibatkan kanak-kanak diumur umur.

Hiburan Mon, 15 Jul 2019
Hiburan Thu, 7 Dec 2023
LIFESTYLE Wed, 6 Dec 2017

3 Perkara Membantu Kesabaran Dalam Memarahi Anak

Ada saja telatah mereka yang akan membuat ibu bapa rasa nak marah dan mengamuk. Tapi apabila dimarah, mereka ini akan buat tidak tahu saja. Takkan asyik bersabar saja ini ada 3 perkara yang mungkin dapat membantu

Featured Fri, 16 Dec 2022

Individu Suruh Pergi Pejabat Kadi, Zarina Anjoulie Beri Hint Dah Kahwin?

Wah betul ke ni? Moga yang baik-baik untuk Anju

error: Content is protected !!