Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 16, 2023 @ 1:50pm

Duan Naga Bogho Angkat Martabat Jati Diri Orang Kelantan

Pengarah dan pelawak, Sabri Yunus menyifatkan filem arahannya berjudul Duan Nago Bogho adalah karya yang mengangkat martabat seni dan jati diri masyarakat Kelantan, sekaligus menolak dakwaan kononnya ia bersifat ‘gangsterisme’.

Menurut Sabri atau nama sebenarnya, Mohd Sabri Yunus, 62, ia adalah sebuah kisah perjuangan mempertahankan maruah seni dan warisan termasuklah elemen pembelotan dalam persahabatan.

Justeru, elemen kesenian sebegini harus dikongsi dengan bangsa lain agar perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat Malaysia dapat ditonjolkan.

“Filem ini adalah mengenai maruah. Termasuk, dua simbol jati diri masyarakat Kelantan yang saya letakkan dalam filem ini iaitu seni budaya (Mak Yong) dan maruah.

“Kita sering berbalah mengenai maruah dan biasanya perkara sebegitu akan dianggap jahat, tapi ia bukan ‘jahat’  kerana maruah itulah yang sebenarnya yang ditonjolkan dalam filem Duan Naga Bogho dan sekaligus menjadikannya istimewa.

“Malah, kesenian yang ada dalam mesti dikongsi dengan bangsa lain kerana sekiranya tidak berkongsi dengan mereka, maka banyak benda lain tidak boleh terlibat dengan kita,” katanya.

Syamsul berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Duan Nago Bogho yang diadakan di The Starling Mall, Petaling Jaya.

Dalam pada itu, Sabri yang terkenal dengan siri sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga menegaskan,  filemnya kali ini sememangnya mempunyai kritikan sosial, namun dia menganggap kritikan ini tidak berlaku hanya kepada seni Mak Yong sahaja tetapi dari semua aspek.

“Sebenarnya saya memilih Mak Yong sebagai latar cerita saya. Kalau kritikan sosial itu tidak berlaku kepada Mak Yong sahaja tapi kepada keseluruhan seni, termasuklah  sosial, politik semua ada dalam cerita tersebut.

“Dan bagi saya, kalau dikatakan tamparan kepada penggiat Mak Yong,  saya rasa memang karya perlu ada realiti sebegini. Ia memang kena  ada pertembungan nilai tu. 

“Tapi dalam cerita ni, saya tidak kata orang Kelantan tu kedekut, tapi apa yang kita bawakan ini adalah realiti sebenar dalam kehidupan,” jelasnya.

 

Untuk rekod, Duan Nagho Bogho atau Duan Ular Tedung Selar yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 19 Januari ini turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti, Datuk Rosyam Nor, Sabri Yunus, Asrul Faizal, Jojo  Goh, Saidi Sabri, Angeline Tan, Jason Chong, Sangeeta Krishnasamy, Issey Fazlisham dan ramai lagi.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Akmar Natasha Gementar Berlakon Di Sisi Azrel Ismail

Ehem, kenapa nak nervous ni Akmar? By the way, teruskan sokong lagu Sendiri di Hot FM dan Kool FM okay!

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

“Takkan Simpan Bubuh Jadi Keychain!” – Elfira Loy

Netizen pun kadang-kadang suka serkap jarang..

Hiburan Sun, 4 Sep 2022

Berstatus Anak Pendakwah, Syafi Tee Jaga Nama Baik Ayah

Alhamdulillah, dah namanya anak pendakwah terkenal mesti kena jaga baik-baik. Tak gitu?

Hiburan Wed, 3 Aug 2022

“Saya Dambakan Wanita Berpurdah” – Noki K-Clique Mahu Perbetulkan Diri

Noki K-Clique mahu perbaiki diri dahulu, impikan wanita berpurdah sebagai teman hidup.

Featured Fri, 10 Apr 2020

Hasil bedah siasat temui COVID-19 pada permukaan badan mayat

Sahkan tatacara pengebumian pesakit COVID-19

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Mad August新曲唱出男人无奈心声!承认结束才拥抱开始

Mad August新曲唱出男人无奈心声!《再一次分手》承认结束才拥抱开始~

Featured Wed, 13 Mar 2024
Trending Wed, 22 Aug 2018

当新郎看见新娘披上白纱的瞬间!摄影师拍下感人的一刻

当男人对心爱的女人许下终生,看到她穿上白纱的那刻,会是惊喜?感动?还是开心的说不出话来?

error: Content is protected !!