Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 18, 2023 @ 12:19pm

Tak Terlibat Dengan Adegan Panas Filem Pulau, Ini Respons Ikmal Amry – “Siapa Tak Suka, Tak Perlu Tengok”

Filem Pulau yang bakal ditayangkan pada 9 Mac ini menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet kerana dakwaan ia mempunyai adegan yang tidak bersesuaian untuk dijadikan tontonan umum.

Malah, pendakwah bebas PU Syed yang terkenal dengan kelantangan dalam mengulas sesetengah isu turut menggesa agar pihak berwajib meneliti semula kandungan filem itu sebelum ditayangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Babak & Pakaian Sangat Mencolok Mata” – Mohon Penelitian Pihak Berwajib, PU Syed Kritik Filem Pulau

Pelakon Ikmal Amry yang merupakan salah seorang bintang filem terbabit tampil memberikan pandangan dan respons mengenai isu tersebut.

Menurut Ikmal, dia tidak terlibat dengan mana-mana adegan panas dalam filem tersebut, malah dia sudah meneliti kandungan naskhah sebelum menerima tawaran.

“Kalau saya perlu terbabit, awal-awal saya dah tolak sebab masa tu saya dah kahwin dan isteri saya tengah mengandung. Jadi saya tak buat benda bukan-bukan.

“Saya terima tawaran tersebut sebab filem itu menjalani penggambaran di Langkawi dan saya bekerjasama dengan orang yang saya kenal seperti Alif Satar dan Amelia Henderson.

“Kemudian, ketika saya baca skrip, memang tak ada kaitan apa-apa pun dengan adegan itu. Cuma saya ada buka baju untuk berenang sahaja,” katanya.

Ikmal ditemui XTRA pada Majlis Pra-Pelancaran dan Sidang Media Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pada itu, Ikmal turut berpendapat bahawa setiap genre filem mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan tidak menyarankan mereka yang kurang senang dengan adegan sedemikian untuk menonton.

“Kalau isu ini tak keluar atau filem ini jadi keluar pun, siapa tak suka tu, tak perlu tengok. Mereka kena bayar kot untuk tengok cerita ini sebab tiada sesiapa pun paksa.

“Setiap filem yang keluar kat Malaysia ni promosi dia memang gempak. Kalau rasa tak setuju dengan cerita tu, tak digalakkan untuk tengoklah.

“Dekat YouTube tu, berapa banyak muzik video yang orang rasa tak perlu tengok, tapi yang komen tu sebenarnya tengok,” jelasnya.

Biarpun terpaksa akur dengan maklum balas yang diterima, pelakon itu turut berharap agar peminat terus menyokong karyanya.

“Saya hanya buat saya punya kerja. Kalau nak sokong lakonan saya, tengok sahaja lakonan saya. Apa yang saya tak buat, jangan hakimi. Tapi kita tak boleh halang apa orang nak cakap,” katanya.

Kredit Foto: M Firdaus M Johari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Trending Wed, 25 Jul 2018

Tuduhan Gugur, Ratu Naga Kini Bebas!

Ratu Naga dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan menghantar komen yang menghina bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial, Facebook, tiga tahun lalu.

Events Wed, 8 May 2019

Dennis Lau & Friends Promote Limitless Opportunities & Equality Through Concert

It’s all about spreading love, peace and equality.

Hiburan Sat, 14 Mar 2026

“Ingat Dia Bergurau” – Suasana Kecoh Di Fiesta Mega Raya, Roslan Shah Terkejut Peminat Pengsan Lepas Ajak Bergambar

Seorang peminat wanita tiba-tiba pengsan selepas bergambar dengan Roslan Shah.

Trending Fri, 7 Sep 2018

FB、IG爱PO健身照?研究:代表你心理有问题

运动风气盛行,去健身房锻炼身材,已经成为现代人日常生活一部分,但你有发现吗?有些人就很爱常常上传自己的健身照,从FB、IG等各种社群媒体都不放过,一项研究指出:这样的行为,代表心理有问题!

Hiburan Wed, 12 Feb 2025
Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Featured Thu, 30 Sep 2021
error: Content is protected !!