Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir January 17, 2023 @ 6:05pm

Rosyam Nor Tak Puas Hati Privasi Keluarga Dijadikan Content – “Saya Dah Buat Laporan Kepada MCMC”

Pengarah dan penerbit, Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa melanggar privasi keluarganya.

Memetik laporan Harian Metro, Rosyam bertindak membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap akaun tersebut yang didakwa menggunakan gambar keluarganya untuk mencipta kandungan.

“Siapa di sebalik akaun Tik Tok berkenaan? Terdesak sangat ke hendak mendapatkan ‘like’ dan ‘followers’?

“Adakah ini cara untuk mendapat perhatian di media sosial? Mengapa apabila anak saya menghantar meninggalkan komen di akaun berkenaan, namun disekat oleh mereka?,” ujarnya.

Menurutnya, dia tidak suka apabila privasi keluarganya diceroboh dan tidak dihormati.

“Saya tidak suka dan kurang gemar dengan apa yang berlaku ini. Selama ini saya tidak pernah memuat naik gambar isteri dan anak-anak bagi menghormati privasi mereka.

“Malah, pihak media juga sudah maklum mengenai perkara ini. Malah, saya sudah membuat laporan kepada MCMC untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Baru-baru ini, banyak trend kandungan yang memperlihatkan pelakon-pelakon lelaki menghargai isterinya namun ia hanya penyamaran sahaja.

Selain Rosyam, beberapa akaun di TikTok turut memuat naik gambar keluarga Faizal Hussein, Farid Kamil dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 21 Feb 2019

Spotify Gets You Ready for BLACKPINK’s World Domination

Aren’t you excited for the upcoming weekend?

Hiburan Tue, 10 Dec 2019

“Bukan Mengandung…Itu Lemak!” – Adira Suhaimi

Takkan lah tak jadi cerai terus nak mengandung? Agak-agaklah kan?

Featured Mon, 5 Feb 2024
Featured Fri, 28 Apr 2023
Hiburan Fri, 16 Nov 2018

Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus Di MAPS , Perak

MAPS Lancar Roller Coaster Boboiboy Galaxy Center dan Teater Hantu Kak Limah

Hiburan Sun, 29 May 2022
error: Content is protected !!