Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir January 19, 2023 @ 5:06pm

Kemelut Rumah Tangga Puteri Sarah Tak Buat Nadia Brian Takut Untuk Kahwin Lagi – “Tak Sokong Mana-Mana…”

Pelakon Nadia Brian turut berduka dengan kemelut rumah tangga yang melanda pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.

Menurut Nadia yang merupakan rakan baik kepada Sarah, dia bersimpati dengan apa yang berlaku dan hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka dan keluarga.

“Sebagai sahabat Sarah, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat rumah tangganya. Untuk masuk campur, tidak. Tetapi, tidak dinafikan saya juga tumpang bersedih dengan apa yang terjadi.

“Bukan hanya saya, malah semua orang yang mengenali Sarah dan ada dengannya turut merasainya.

“Tak ada menyokong mana-mana, saya harap mereka dapat selesaikan masalah dengan baik dan dipermudahkan semua urusan,” katanya.

Nadia ditemui semasa majlis sidang media dan tayangan perdana filem Eva di Pavillion, Kuala Lumpur, semalam.

Selain itu, Nadia turut menasihati Sarah untuk menjaga kesihatan mental serta mengutamakan kebahagian diri sendiri terlebih dahulu.

Disoal mengenai timbul kebimbangan untuk kembali berkahwin, Nadia percaya setiap pasangan mempunyai ujian rumah tangga yang berbeza seharusnya dijadikan sebagai pengajaran.

“Setiap manusia ada ujian dan ada cerita masing-masing. Apa yang baik, kita ambil sebagai contoh, manakala yang buruk dijadikan teladan.

“Saya tidak melihat pelbagai isu yang berlaku dalam kehidupan berumah tangga sebagai alasan untuk takut berkahwin lagi,” ujarnya.

Untuk rekod, Nadia pernah mendirikan rumah tangga dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun berpisah pada 2 April 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Sep 2022
Agama Fri, 28 Jun 2024

Ramai Pilih Nikah Di Sempadan, Kerajaan Perkukuh Kerjasama Dengan Agensi Agama Selatan Thailand

Bagus juga sekurangnya dapat pastikan perkahwinan itu sah di sisi undang-undang

Trending Thu, 13 Sep 2018

Lagi Kes Bayi Ditemui, Kali Ini Di Atas Jejantas Kampung Pandan!

Mereka menemui beg berwarna hitam di laluan pejalan kaki di jejantas itu dan pemeriksaan membawa kepada penemuan bayi yang dibalut dengan kain batik.

Hiburan Tue, 18 Jun 2019

‘Doa Saya Istiqamah’- Serina Redzuawan Umum Sudah Bertudung!

Sama sama kita perbaiki kelemahan diri untuk jadi insan lebih sempurna. Alhamdulillah, semoga terus istiqamah, Serina!

Trending Thu, 21 May 2020
Featured Wed, 20 Mar 2024

Kongsi Cerita Ikan & Rezeki, Alif Satar Bikin Ramai Insaf – “Tak Boleh Takbur! Kena Sentiasa Bersyukur Dengan Pemberian Allah”

Masya-Allah, nampak mudah perkongsian Alif tapi betul-betul patut dijadikan pengajaran buat kita semua❤️😥

Featured Thu, 17 Mar 2022

Didakwa Menghina, Wakil OKU Buat Laporan Polis Terhadap Kak Long 7E

Fuh, semoga laporan polis ini akan memberi pengajaran kepada Kak Long 7E..

error: Content is protected !!