Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari January 19, 2023 @ 8:37pm

“Iman Kita Naik & Turun” – Takkan Hukum Selebriti Buka Hijab, Hannah Delisha Akui Kekal Istiqamah Itu Sukar

Umum mengetahui pelakon jelita Hannah Delisha sudah berhijrah dari berpenampilan seksi sejak beberapa tahun lalu.

Namun begitu, memetik laporan Harian Metro, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch mengakui bahawa tidak mudah untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna.

Sehubungan itu, Hannah berpendirian bahawa untuk tidak menghakimi mana-mana individu wanita yang membuat keputusan untuk membuka hijab.

“Bukan tempat saya untuk menghakimi mereka yang membuat keputusan tidak lagi bertudung kerana kita hanua manusia biasa yang mana iman turun dan naik.

“Sudah lumrah sebagai manusia, adakalanya iman kita turun dan berkurang yang mana saya pun pernah mengalaminya.

“Contohnya ketika penggambaran di luar, nampak orang pakai ‘dress’ dan rambut mengerbang, terkenang sebelum bertudung dulu. Rasa seperti seronoknya kerana tidak panas.

“Jadi apabila berdepan dengan momen sebegitu, saya pilih untuk tidak berfikir mengenainya. Ini keputusan yang telah dibuat dan harus diteruskan,” katanya kepada Harian Metro.

Kongsi Hannah, pada awalnya dia tidak memahami dengan maksud ayat ‘semoga istiqamah’ yang sering dikomen oleh warganet.

“Sebelum berhijrah dan nampak komen sebegitu, saya kurang memahami maksudnya. Apabila diri sendiri yang melaluinya, baru saya mendalami komen itu.

“Mudah diungkapkan namun bukan mudah untuk dilakukan. Jadi, apabila saya sudah bertudung, baru saya memahami maksud komen itu. Istiqamah itu ternyata bukan mudah,” jelas Hannah.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Thu, 14 Apr 2022

Rambut Dalam Tepung Pelita, JKN Perak Sedang Jalankan Siasatan

Apa nak jadi la dengan peniaga bazar sekarang ni?

Featured Sun, 21 Feb 2021
Trending Tue, 10 Jul 2018

Lebanese Jeweller is Suing Rosmah for RM59.8 Million!

Where is she going to get the money to pay back the jeweller?

Trending Fri, 30 Oct 2020

Semua Panggung Wayang GSC, TGV Ditutup Sementara Mulai 2 November

Korang tengok TV dekat rumah jelah lagi selamat..

Hiburan Wed, 20 Jun 2018

Rahsia Awet Muda? Bukan Mineral Tapi Susu Segar

Patutlah kulit licin betul, susu segar rahsianya! Korang tak nak try? Mana tahu boleh nampak awet muda macam Mariah Carey.

error: Content is protected !!