Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir January 20, 2023 @ 1:56pm

Haqiem Rusli Tak Izin Isteri Jadi Penyanyi – “Isteri Lebih Baik Fokus Kepada…”

Baru-baru ini tular sebuah video dimana penyanyi Haqiem Rusli berduet bersama isterinya, Wan Anis Sofea dengan menyanyikan lagu Pink Venom nyanyian kumpulan K-Pop, Blackpink.

Memetik laporan Berita Harian, Haqiem menjelaskan bahawa persembahan tersebut adalah sekadar suka-suka sahaja.

Malah, pelantun lagu Mimpi ini turut menafikan dakwaan untuk mengetengahkan isterinya dalam bidang nyanyian.

“Isteri tidak boleh menyanyi. Dalam video itu, isteri hanya sekadar menyanyi rap.

“Kami juga berduet sekadar suka-suka. Biarlah saya seorang sahaja bergelar penyanyi, isteri lebih baik fokus kepada perniagaan,” katanya.

Mengulas tentang pemakaian isteri yang agak ketat semasa persembahan, Haqiem menerima teguran tersebut dengan baik.

“Saya menerima teguran dengan berlapang dada. Bagi saya, teguran baik kenapa perlu melatah?

“Insya-Allah, isteri akan lebih menjaga penampilan selepas selepas ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Haqiem dan Anis Sofea mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021 dan masih belum dikurniakan zuriat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Jun 2025

“Jangan Simply Label Orang Perempuan Murah, Suruh Adik You Move On” – Saidah Kamarudin

Saidah mengaku kenyataannya sebelum ini adalah untuk pertahankan diri

Hiburan Thu, 14 Jun 2018

Ini Rupanya Cara Aaron Aziz Bangkitkan Feel Raya!

Ada juga yang memilih untuk menaiki pesawat, lebih selesa dan cepat katanya. Terpulanglah… asalkan tiba ke destinasi dituju. Betul tak?

Trending Fri, 21 Sep 2018

Got mouth ulcers? Try these 5 home remedies proven to relieve those painful sores FAST!

Fact: Mouth Ulcers are more commonly found in women than men!

Featured Mon, 21 Aug 2023
Trending Wed, 17 Jan 2024
Featured Thu, 16 Feb 2023

Isu Bayar Saman Secara Ansuran, Peguam Belum Terima Arahan Daripada Ali Puteh

Saya belum terima apa-apa arahan daripada Ali dan keluarganya – Peguam

Featured Tue, 10 Mar 2026

Lagu ‘Jodoh Lebaran’ Terima Pujian Siti Nurhaliza, Aisha Retno Terharu – “Sayang TokTi! Tidur Lena Je Lah Malam  Ni”

Penyanyi berbakat, Aisha Retno meluahkan rasa terharunya apabila lagu Raya miliknya berjudul, ‘Jodoh Lebaran’ menerima pujian daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Featured Tue, 20 Dec 2022

Tajul Cedera Parah, Pengsan Gara-Gara Kehilangan Banyak Darah

Allahuakbar luka tu.. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan

error: Content is protected !!