Euforia Bola 2026
Drama By: Khairil Khusyairi January 20, 2023 @ 2:05pm

[VIDEO] Babak Saiz ‘Katil’ Aisy Mateen & Nabila Aulia Dalam ‘Kerana Cinta Itu Ada’ Buat Netizen Bersemut – “Nasib Dalam TV Tak Ada”

Drama Kerana Cinta Itu Ada yang menghiasi slot Akasia TV3 kini semakin trending di media sosial.

Sejak mula bersiaran pada 28 Disember lalu, Kerana Cinta Itu Ada sering menjadi bualan peminat drama tempatan sehingga trending di media sosial.

Terbaharu, bintang utama drama itu, Nabila Razali memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan salah satu babak dalam episod 17.

Dalam episod tersebut, Nabila yang memegang watak sebagai Nabila Aulia atau Bella sedang mempersoalkan saiz katil di rumah mereka selepas usaha Aisy (lakonan Aedy Ashraf) dalam memujuk Bella untuk tinggal bersama akhirnya membuahkan hasil.

Namun, apa yang membuatkan penonton teruja adalah apabila babak tersebut memaparkan kemesraan Bella dan Aisy sehingga ramai yang tersenyum gembira.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat drama ini memberikan pelbagai reaksi terhadap babak mesra itu biarpun penghujung babak tersebut tidak ditayangkan di kaca televisyen.

Drama bersiri gandingan mantap pelakon popular Aedy Ashraf dan Nabila Razali diadaptasikan daripada novel Kerana Cinta Itu Ada karya Sophilea.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Kerana Cinta Itu Ada menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Jun 2023

Syamsul Yusof Akan Tarik Balik Saman Terhadap MAIWP & JAWI

Alhamdulillah kalau itu yang terbaik!

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Featured Sun, 21 May 2023
Drama Thu, 29 Feb 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘Perempuan Ilmu Hitam’

Dendam memacu seruan syaitan durjana.

Hiburan Mon, 6 Jan 2020

Mira Filzah Denies Having To Do Anything With Remy Ishak’s Sudden Instagram Cleanse

Maybe not all things are interconnected to each other.

error: Content is protected !!