Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir January 27, 2023 @ 6:39pm

“Orang Tu Pun Cari Rezeki Di Periuk Sama…” – Nabila Razali Akui Ditengking Individu Dikenali Lebih Sakit

Penyanyi Nabila Razali mengakui teguran individu yang dikenali lebih menyakitkan berbanding daripada kutukan netizen.

Memetik laporan Kosmo, Nabila atau lebih mesra disapa Bella memberitahu menegur tidak salah selagi tidak memalukan dan menjatuhkan semangat seseorang.

“Sudah tentu lebih sakit jika orang yang bercakap (beri teguran) datang daripada yang kita kenal dan orang itu pun mencari rezeki di periuk sama.

“Setiap orang akan ada ‘highs and lows’. Hari buruk kita itu yang orang suka jadikan bahan seumur hidup.

“Kita manusia biasa ada hati dan perasaan. Kadang-kadang, datang hari yang tak kena, kita macam ‘kenapa ya, kita tak usik orang, orang usik kita’.

“Saya percaya, kita bekerja dalam bidang ini bekerja secara profesional dan saya berharap, mana-mana pihak pun selepas ini, bila nak bercakap, fikirlah dahulu,” katanya.

Mengulas tentang isu hangat yang terjadi kepada Sissy Imann dan Mas Idayu, Nabila berpendapat bahawa ilmu sepatutnya perlu disampaikan dengan cara mendidik.

“Nak komen orang ke apa, gunakan ilmu yang ada. Bukan ambil contoh daripada orang lain untuk bantai orang lain.

“Bagi saya, itu bukan cara kita untuk menyampaikan ilmu. Kalau kita contohi orang-orang lain yang jadi juri, ada yang siap mengajar balik berbanding ‘membantai’ seseorang itu,” ujarnya.

Menurut Bella, antara individu-individu yang mempraktikkan tugas juri dengan mengkritik dan mengajar pada masa sama ialah Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli MS.

“Yang saya sebut itu, memang yang saya tonton program dijurikan mereka. Saya rasa penjurian seperti mereka yang diperlukan.

“Saya faham program realiti, produksi memerlukan sesuatu untuk ‘panaskan’ program. Saya faham tapi pada masa sama, orang yang lebih berpengalaman kena suntik ilmu dalam kita nilai orang.

“Jangan sekadar bash (tegur) tapi apa sahaja ilmu yang peserta dapat. Takut hanya mengganggu mental mereka, waktu itu.

“Saya taklah nak sokong mana-mana pihak tapi saya percaya, mana-mana kental pun jiwa seseorang itu, kalau dah depan beribu-ribu penonton tak termasuk di rumah, mesti mental akan terganggu,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Oct 2019

Pengambilan vaksin halal atau haram? Ini jawapannya

Pertimbangan berdasarkan maqasid syariah

Trending Sun, 9 May 2021
Featured Mon, 17 May 2021

Model Terkenal Bella Hadid Dipuji Ramai, Ikut Protes Kutuk Kekejaman Israel Di New York

Walaupun bergelar antara supermodel antarabangsa dengan memiliki bayaran paling mahal di dunia, model kelahiran Palestin Isabella Khair Hadid dilihat tidak berselindung apabila beliau secara terang terangan mengutuk kekejaman Israel terhadap Palestin. Menerusi platform Instagram rasminya, […]

Hiburan Tue, 11 Nov 2025

Neelofa & PU Riz Lancar Buku, Semai Didikan Awal Agar Anak Kenali Tuhan Sejak Usia Muda

Buku ini menekankan kepentingan mendidik anak-anak dengan nilai ketuhanan sejak usia kecil.

Trending Thu, 5 Dec 2019

After Reading This, You Might Want To Consider Cleaning Your Brushes!

Just because they don’t look dirty, it doesn’t mean they are clean either!

Hiburan Sun, 24 Aug 2025
Featured Thu, 18 Feb 2021
Featured Tue, 19 Dec 2023
error: Content is protected !!