Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir January 27, 2023 @ 6:41pm

“Hampir Setiap Hari Saya Habiskan Masa…” – Siti Nurhaliza Bakal Bawa Lagu Tamil, Belajar Daripada Kawan Datuk K

Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza merasai debaran untuk bekerjasama bersama maestro muzik Bollywood, AR Rahman pada Konsert AR Rahman Secret of Success Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Memetik laporan Berita Harian, Siti berdebar menantikan reaksi penonton kerana beliau bakal mendendangkan sebuah lagu Tamil hasil ciptaan komposer terkenal itu.

Menurutnya, dia meminta bantuan teman baik suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, yang berbangsa India untuk mempelajari sebutan perkataan dan maksud lirik lagu yang masih dirahsiakan.

“Biarpun teruja dapat undangan daripada idola untuk memeriahkan konsertnya, saya berdebar apabila perlu menyampaikan lagu dalam bahasa Tamil.

“Bukan mudah untuk menguasai bahasa Tamil kerana cara sebutannya berlenggok. Jadi, saya terpaksa meminta bantuan teman baik suami untuk mengajar.

“Hampir sehari saya habiskan untuk belajar sebutan dan dua tiga hari lagi untuk pastikan sebutan lancar.

“Bukan mudah menyanyikan lagu AR Rahman kerana lagunya bernada tinggi. Pada masa sama, saya kena pastikan sebutan betul,” katanya.

Berkongsi tentang keakraban mereka, beliau dan AR Rahman sudah biasa berhubung dan pernah berkunjung ke kediamannya beberapa tahun lalu.

“Beberapa tahun lalu, saya pernah undang AR Rahman untuk minum petang di rumah saya.

“Apabila dapat tahu beliau datang ke Malaysia, saya hubungi penganjur dan menyatakan hasrat mengundang beliau ke rumah.

“Tidak sangka beliau sambut pelawaan saya. Sejak itu, kami rajin berhubung dan bertanya khabar melalui e-mel,” jelasnya.

Tambah Siti, sebelum bercuti ke Dubai, AR Rahman menghubungi dan mengajaknya bekerjasama di dalam konsertnya.

“Beliau kemudian pelawa Siti untuk menjalinkan kerjasama pada tarikh konsert itu. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, saya terus bersetuju dengan pelawaannya,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 26 Aug 2022

Pertahankan Warisan & Alam Semulajadi, Alena Murang Berkarya Dalam ‘Put Burui’

Alena Murang merupakan pemuzik sape’ profesional wanita yang pertama 😍

Hiburan Thu, 30 Aug 2018

’Ragaman’ Selit Unsur Jenaka, Faizal Tahir Tampil Kelainan

Pada umur saya ketika ini, seharusnya masa untuk saya mencari benda baru dan saya bersyukur dikurniakan bakat dapat menulis dan menyanyikan lagu saya sendiri. Alhamdulillah, saya puas

Hiburan Tue, 26 Aug 2025

Rancang Cahaya Mata… Bunga ‘All-Out’ Fokus Kerjaya, Muncul Dengan Kolaborasi Superstar

Bunga mahu menumpukan fokus dan merancang menimang anak dalam tempoh dua tahun akan datang.

Hiburan Wed, 5 Dec 2018

‘Saya Minta Maaf’, Haqiem Rusli Mengaku Silap

Penyanyi Jatuh Bangun ini juga mahu berehat seketika di Twitter sehingga keadaan jadi reda.

Hiburan Mon, 25 Mar 2024
Hiburan Thu, 11 Oct 2018

Nak Luah Dekat Crush Tapi Malu? Mungkin Boleh Try Pakai Single Terbaru Aqeesh Aleeya Ni!

Comel jer video klip Aqeesh Aleeya, lagu ciptaan DJ Fuzz dan Hez Hazmi ini memang best untuk dilayan tau!

Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Hiburan Sun, 21 Apr 2019

「马来魔」郑建威摘大马预选赛冠军!5月赴中国参赛

「马来魔」郑建威摘马来西亚预选赛冠军!5月初赴中国参加《中国新说唱》60 秒个人赛。

error: Content is protected !!