Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi January 30, 2023 @ 6:32pm

[VIDEO] Akibat Gelaran ‘Mami’, Azhar Sulaiman Didakwa Pondan? Ini Reaksi Empunya Badan

Pelakon veteran, Azhar Sulaiman tampil memberi respons setelah didakwa oleh segelintir netizen yang berkata dirinya lembut sehingga dilabel pondan.

Dakwaan tersebut timbul akibat menggelarkan dirinya sebagai ‘Mami’ di serata media sosial sehingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Tidak berdiam diri, Azhar memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok demi menjelaskan panggilan tersebut.

Berdasarkan video tersebut, Azhar yang sedang berada di set penggambaran bertanya kepada aktres jelita, Ruhainies berhubung panggilan Mami serta pendapatnya sama ada dirinya adalah pondan mahupun tidak.

“Nampaknya ramai yang tanya kenapa guna gelaran ‘Mami’, pondan ke? Jom kita tanya orang Penang. Ruhainies, is it ok untuk Abang Har guna gelaran Mami?,” katanya.

“Mami tu dia macam kephochi je. Macam makcik bawang, mami jarum la..,” jawab Ruhainies.

“So Ruhainies baru jumpa Abang Har pertama kali, awak rasa saya pondan ke ataupun jantan tulen?,” soal Azhar.

“Jantan tulen lah of course. Dah macam abang saya sendiri,” kata Ruhainies.

“There you go.. Anak jantan tak boleh nangis!,” tegas Azhar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Azhar yang semakin hari semakin kelakar.

Dalam pada itu, ada dalam kalangan netizen yang berkata Azhar terbawa-bawa watak lembut dalam drama bersiri barunya.

Sebelum ini, Azhar memaklumkan bahawa ramai yang mengatakan anak perempuanya bakal menjadi isteri kedua mahupun isteri ketiga dalam sesebuah perkahwinan.

Artikel Berkaitan: Ramai Mengata Anak Bakal Jadi Bini Ke-2, Ini Respons ‘Win’ Azhar Sulaiman

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Sep 2023
Trending Sun, 24 Apr 2022

Buat Pembedahan Plastik Tukar Wajah, Penjenayah Takut Dijejaki Polis

Lakukan pembedahan plastik elak ditangkap polis, 8 wanita dikehendaki.

Trending Wed, 24 Mar 2021
Hiburan Mon, 7 Jan 2019

Ayuh Dapatkan Tiket AJL 33 Bermula Hari Ini!

Jom layari www.myticket.asia untuk dapatkan tiket menyaksikan AJL ke 33.

Featured Tue, 15 Apr 2025

KJ Gagal Tahan Sebak Ketika Upacara Pengebumian Pak Lah, Netizen Titip Kata Semangat – “Menantu Yang Hebat, Semoga Terus Kuat Chief!”

Khairy Jamaluddin dilihat gagal menahan sebak ketika pengebumian Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan di Masjid Negara hari ini.

Featured Thu, 15 Sep 2022

“Semoga Ini Yang Terakhir” – Gara-Gara Nyanyian ‘Sumbang’, Netizen Tak Mahu Keisya Levronka Datang Malaysia Lagi?

Eh, kenapa netizen tak bagi Keisya nyanyi lagi kat Malaysia? Sumbang sangat ke nyanyian Keisya masa AIM 23 haritu? Hmmm 🥲

Selebriti Sun, 8 May 2022

“Keturunan Apa Ni?…” Kecantikan Anak Que Haidar Jadi Bualan Warganet

Netizen terpegun dengan kecantikan anak perempuan Que Haidar

Featured Mon, 8 Aug 2022

Pengurus Ditangkap Akibat Kes Dadah, Bunga Citra Lestari Umum Teruskan Konsert Di Singapura

Betul kata BCL. Moga ia jadi pelajaran dan pengalaman dalam kehidupan☹

error: Content is protected !!