Hiburan By: Fatin Nurain January 31, 2023 @ 4:36pm

Kongsi Momen Manis Bersama Suami Sebelum Persembahan, Netizen Terus Mendoakan Kebahagiaan Bella Astillah & Aliff Aziz

Penyanyi Bella Astillah tampil berkongsi momen manis bersama suaminy, Aliff Aziz sebelum dirinya membuat persembahan di pentas separuh akhir Famili Duo, Ahad lalu.

Menerusi perkongsian di TikTok, Bella telah memuat naik videonya sedang memeluk dan bersalaman dengan Aliff yang sedang memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Thank you sebab selalu bagi semangat dan menyayangi saya,” tulisnya.

@bellaastillah_94Thank you sebab selalu bagi semangat dan menyayangi saya ❤️♬ Sampai Akhir – Judika

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar hubungan mereka suami isteri berkekalan sehingga akhir hayat.

Terdahulu, Bella telah mendedahkan seorang pelakon wanita baharu telah menjadi punca kegoyahan rumah tangganya bersama Aliff kerana kerap menghubungi dan menghantar pesanan ringkas kepadanya menerusi platform Whatsapp.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Dia ‘Missed Call’ 8 Kali, Non Stop Mesej Di WhatsApp… Dia Kata Dia Bodoh Kerana ‘Tersuka’ Suami Saya” – Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Cuba Try Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Jadi Pelakon Ke Nak Jadi Pelac*r?” – Isu Pelakon Wanita ‘Tersuka’ Suami Orang, Ini Komen Pedas Nabila Huda

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Sophia AlBarakbah Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah, Ruangan Komen Instagram Kena Serang

Dalam perkembangan lain, Bella dan sepupunya, Wani Kayrie berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Famili Duo bersama tiga pasangan lain.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 8 Jan 2022
Hiburan Mon, 13 Jan 2020
Hiburan Mon, 16 Oct 2023
Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Trending Thu, 19 Nov 2020
Trending Mon, 22 Jun 2020
Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Hebat! Majlis Perkahwinan Pengasas Jamu Mall Dapat Tajaan RM500,000

Selamat Pengantin Baru kepada Siti & Syafiq, semoga kalian berbahagia hingga ke Jannah!

Contest Wed, 9 Jan 2019

#xtra好康头 | 送你《诸事大吉颂Happy》贺岁专辑+红包封+Jasmine新阳香米

#xtra好康头 送你《诸事大吉颂Happy》贺岁专辑、红包封以及Jasmine新阳香米,伴你过个大肥年!

Hiburan Tue, 6 Nov 2018

Cemas Sebelum Naik Pentas DAA 4, Sarah Fazny Muntah Beberapa Kali

Sarah mendendangkan lagu Biarlah Merana di konsert pusingan kumpulan pertama top 36. Best sangat suaranya!