Hiburan By: Salma Syahbuddin May 21, 2018 @ 5:30am

Betulkah Hafiz Suip Tak Popular?

Kalau sebelum ini penyanyi yang pernah merangkul anugerah Penyanyi Lelaki Popular ABPBH selama tiga tahun berturut-turut itu  menafikan sikap demand yang menjadikannya sedikit tenggelam namun bagi penyanyi yang popular menerusi lagu Bahagiaku Deritamu ini mengakui bahawa wang bukanlah segala-galanya. 

“Hidup bagaikan putaran roda, ada masa kita di atas dan ada ketikanya pula di bawah. Inilah hakikat kehidupan seorang bintang. Saya begitupun mengakui, tidak pernah tergugat dengan kehadiran bintang baharu. Cukuplah saya sudah merasai nikmat dan manisnya dulu. Jadi, berilah laluan kepada penyanyi lain pula” Katanya

Walaubagaimana pun, Hafiz juga turut mengakui bahawa, walaupun perjalanan seni beliau tidak rancak seperti dahulu tetapi rezeki dalam nyanyian masih ada. Tetapi, tidaklah sehebat ketika zaman kegemilangannya dahulu. 

Apapun, yang penting sekarang ini bagi Hafis adalah mendekatkan diri dengan Allah dan mendalami ilmu agama. 

“Mungkin ada yang menganggap, sudah jatuh baru mahu mengingati Allah. Tekaan itu silap, sebaliknya saya berubah kerana Allah. Saya sedar diri, nama saja islam tetapi tidak mengamalkan ajaran agama suci itu sepenuhnya. Banyak perkara yang membuatkan saya leka dan lalai sejak bergelumang dalam dunia hiburan tetapi saya tidak mahu menyalah sesiapa.” Jelasnya

Tambahnya lagi, beliau sekarang ini lebih banyak menghabiskan masa dirumah dan bersama keluarga.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Sep 2023
Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Elak Ada Babak Nur 2 Bocor, Pengarah Letak Syarat Ketat Di Set

Azar membawakan watak wanita yang daring. Saya harus puji keberaniaanya untuk menggalas cabaran membawakan watak Juita.

Selebriti Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Tue, 21 Nov 2023