Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 3, 2023 @ 3:12pm

“Si Rupa Biasa, Mati-Matian Kena Kecam… Tapi Si Cantik, Ada Pula Yang Sokong” – Ika Nabella

Pelakon Ika Nabella memuat naik sebuah hantaran di media sosial miliknya seolah-olah memerli tindakan sesetengah warganet yang dilihat semakin rancak memberi pandangan terhadap isu ‘orang ketiga’.

Menerusi hantaran di ruangan Instagram Stories, Ika takut untuk membuka media sosial kerana banyak kisah ‘orang ketiga’ sejak kebalakangan ini.

“Seramlah buka media sosial. Timeline sekarang entah apa-apa. Kisah ‘homewrecker’ bersilih ganti.

“Nampaknya si rupa biasa-biasa mati-matian kena kecam kalau tak kuat mental memang breakdown tapi si cantik ada pula yang sokong macam tak salah kacau rumah tangga orang.

“Begitulah dunia mana pernah adil,” tulis Ika.

Bagi Ika sendiri, dia berpendapat bahawa tak perlu untuk mendapat pengesahan sesiapa dalam membuat sesuatu keputusan.

“Apa yang I belajar jika you nak buat apa-apa keputusan tak perlu validation sesiapa.

“Seperti mana you kahwin, tiada siapa-siapa suruh atau halang begitu la sebaliknya,” kongsinya.

Dalam pada itu, pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan ini turut menyatakan lelaki yang jujur adalah lelaki yang boleh menjaga hati isteri, mengawal nafsu dan kehendak.

“Secara logik, ada ke lelaki yang tak suka jadi rebutan?

“Tapi mereka ini jaga hati isteri kawal nafsu, kawal kehendak. Ada yang jujur mengaku “tak sanggup bini aku gila”, itu baru lelaki.

“Tahu-tahu ada skandal, ada bini lain, itu orang Penang panggil ponen, bukan lelaki. Sekian,” tutupnya.

Untuk info, Ika dan suaminya, Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Noah Zayn.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Sheila Majid Bengang Dituduh Bakal Bersara

Penyanyi terkenal ini juga seolah-olah memberi bayangan mahu menyaman pihak tidak bertanggungjawab itu.

Konsert Mon, 28 Aug 2023
Hiburan Thu, 20 Feb 2020

[FOTO] Tampak Anggun, Lihat Foto Menarik Di Sekitar Majlis Akad Nikah Emma Maembong!

Tahniah sekali lagi Xtra ucapkan dan Selamat Pengantin Baru!

Hiburan Sun, 8 Aug 2021

Shuib Gagal Tahan Air Mata, Oksigen Siti Sarah Tinggal 40%

Pelawak dan usahawan Shuib memaklumkan tahap oksigen isterinya, penyanyi Siti Sarah Raissuddin kini menurun kepada 40 peratus. Sarah kini masih berada di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur. “Saya baru […]

Featured Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Sat, 9 Nov 2024

Anak Sulung Ina Naim Menangis Teresak, Syukur Ibu Bertemu Dengan Orang Baik – “Ayah Baru Sanggup Terima…”

Anak sulung Ina Naim menangis teresak, syukur ibu temui kebahagiaan baharu

error: Content is protected !!