Featured By: Salma Syahbuddin February 10, 2023 @ 4:41pm

[VIDEO] “Orang Kelantan Pior Pun Tak Makan Budu Gitu” – Gelagat Maryam Durian Kimchi Selamba Teguk Budu Curi Perhatian

Mendirikan rumah tangga bersama suami berasal dari Kelantan sejak beberapa tahun lalu, itu tidak bermakna Maryam You Narae tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat di sana.

Bahkan, wanita berasal dari Korea Selatan ini tidak kekok untuk mencuba pelbagai menu makanan yang berasal dari Pantai Timur.

Menerusi perkongsian di TikTok, Maryam dilihat sempat menikmati makanan di sebuah restoran yang menyajikan masakan Melayu asli Pantai Timur termasuklah hidangan berupa budu dan ulam-ulaman.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah, Maryam secara tiba-tiba terus mengangkat mangkuk berisi budu sebelum selamba menghirupnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan terhibur dengan sikap Maryam yang bersahaja meskipun ada yang mengatakan tindakannya itu mengalahkan anak jati negeri itu.

“Alah, jeng parok Kelantan original pun tak berani hirup macma tu.

“Allah ni kalau pakai sudu tak puas, tapi ni next level hirup terus dengan mangkuk-mangkuk.

“Makan budu serupa makan sup.

“Amu mek Kelatan pun kalah, tak pernah lagi aku hirup budu macam tu,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada Rabu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Mar 2018

31-Year-Old Mum Decides to Study in Kindergarten for Daughter’s Sake

Some people would be too embarrassed at this point, but this mum would do anything for her daughter.

Events Tue, 9 Apr 2019

Malaya Relived: Merdeka by Liver and Lung Productions is Bringing the 50s Back!

You are in for a historical journey down memory lane during the colonization time!

Trending Mon, 6 Aug 2018

Baru Berusia 5 Tahun, Jare Ijalana Digelar ‘Malaikat’ Kerana Kecantikannya

Jare Ijalana digelar sebagai ‘malaikat’, ‘benar-benar menakjubkan’ dan ‘seperti anak patung’ oleh pengikutnya di Instagram.

Hiburan Sat, 7 Sep 2019
Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Rindukan Ustaz Adam Dan Nur? Ini Berita Baik Untuk Anda!

“Utk para peminat drama Nur, officially abam would like to announce NUR2 akan masuk set tak lama lagi,” tulisnya dan ditag nama-nama pelakon dan krew yang terlibat di dalam Nur sebelum ini seperti @aamyrarosli @syafiqkylez @khiriah17 @azhan_rani @jalaludinhassan @fatimahabukar @therajaatiqullah @rienadiana_ @elmymoin_ @mathnirazak7 @kunamuzani dan ramai lagi.

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Berdepan Masalah Teknikal, Konsert Repvblik and Friends Batal

Sepatutnya konsert terbabit bakal berlansung pada 20 Disember ini.

Featured Fri, 9 Dec 2022

“Semoga Dapat Future Husband Macam Tu” – Walau Ada Kerjaya & Wang Sendiri, Suami Tetap Beri Ain Edruce Duit Belanja

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce mendedahkan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa masih memberikan duit belanja kepadanya walaupun dia bekerja dan mempunyai wang sendiri. Hos Melodi TV3 itu mendedahkan perkara terbabit menerusi perkongsian di laman TikTok. “Bila […]

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Mas Idayu Sebak Menyanyi Nirmala Di Pentas DAA 4

Penyanyi serba boleh ini menulis Allahyarham Pak Ngah sentiasa dekat di hati dan pasti merindui gelak tawa Allahyarham. Al-Fatihah buat Allahyarham Pak Ngah…