Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 10, 2023 @ 7:53pm

8 Tahun Diganggu Ilmu Hitam, DJ Lin Tetap Kuat Semangat Demi Peminat – “Dia Nak Buat Sehingga Saya Mati!”

Penyampai radio popular, DJ Lin mendedahkan dia sudah lapan tahun menjadi mangsa dengan gangguan ilmu hitam.

Kerap jatuh sakit tanpa sebab, pemegang trofi Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular BH ini juga sering mengalami mimpi menyeramkan seperti diganggu ular hitam, jatuh dari tempat tinggi serta mimpi individu yang sama.

“Sebenarnya, sudah lapan tahun. Bayangkan saya sering sakit tapi apabila ke hospital untuk mendapatkan rawatan, doktor hanya menyatakan saya sakit biasa sedangkan keperitan yang saya alami sangat teruk.

“Saya mimpi macam-macam perkara menyeramkan, saya juga tahu siapa yang lakukan perkara terbabit. Tapi biarlah saya simpan sendiri. Saya pernah berubat menggunakan kaedah rawatan Islam. Ustaz yang merawat saya mengatakan individu yang melakukan perkara terbabit mahu buat saya sehingga saya mati.

“Hanya satu cara yang boleh menghentikan gangguan ini iaitu dengan saya berhenti kerja di Suria FM. Saya enggan menurut kerana saya mahu kuatkan semangat demi kerjaya dan demi peminat yang menyokong.

“Badan saya memang tak larat tetapi saya tetap mahu melangkah kerana tak nak melayan gangguan ini. Jika saya lemah semangat, pastinya pihak itu bergembira. Lebih baik saya berikan tumpuan kepada kerjaya. Saya mohon orang ramai mendoakan kesejahteraan saya,” katanya.

DJ Lin ditemui di majlis sidang media Jelajah Suria Anggun Cotton Collection di Glasshouse, Seputeh, baru-baru ini.

Menurut DJ Lin yang merupakan Pengurus Besar Suria FM, Siri Jelajah Suria kembali menemui peminat di Zon Selatan, Utara, Pantai Timur dan Lembah Klang bermula 11 Februari 2023 sehingga 4 Mac 2023 bertemakan sentuhan ‘80an, 90an, dan terkini!’

“Jelajah Suria Anggun Cotton Collection akan membuka tirai pada hari Sabtu, 11 Februari di Paradigm Mall, Johor Bahru, diikuti Zon Utara pada 19 Februari. Lokasi seterusnya di Kuantan City Mall, Kuantan Pahang pada 25 Februari 2023 dan di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Mac 2023.

“Lebih mengujakan, Jelajah Suria pada kali ini bakal membariskan lebih 40 artis popular seperti Shidee, Raja Ema, Bunga, Insomniacks, Akim & The Majistret, Luqman Podolski, Zamani Slam, Nabila Razali, Siti Nordiana, Alyph, Sissy Imann, Ally Axl, Exists, Khai Bahar, Aishah, Ruffedge, Kristal X, Zulhadi, Syameer Azmi, Aris Ariwatan, Muss, Floor 88, Ernie Zakri, Syamel, Ramlah Ram dan ramai lagi.

“Selain berhibur dengan persembahan artis, pengunjung juga boleh beramah mesra bersama barisan penyampai Suria FM seperti Ajak, Shuib, Suraya Borhan, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Tyzo Xander, DJ Lin dan Anna J,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 1 May 2020
Hiburan Wed, 12 Nov 2025

Batu Kawan Bergegar! Jom Heboh Tarik 350,000 Pengunjung

Jom Heboh Penang meriah! 350,000 pengunjung banjiri KJH Penang!

Hiburan Mon, 6 Jan 2025
Hiburan Fri, 13 Sep 2019

Penat Cari Jodoh, Raline Shah Akhirnya…

Wah…siapa agaknya jejaka yang bertuah itu ya?

Featured Fri, 10 Jan 2025

Karier Sebagai Tanggungjawab, Nasir Bilal Khan Tak Kisah Soal Relevan Atau Tidak – “Itu Yang Saya Kena Jawab Dengan Allah Nanti”

“Apa yang saya nak tahu, tawaran yang diberi itu memberi manfaat atau tidak kepada masyarakat’- Nasir Bilal Khan

Trending Mon, 13 Sep 2021
Featured Mon, 27 Mar 2023
Featured Mon, 19 Dec 2022
Hiburan Sun, 1 Dec 2024

Khairul Aming Dipuji Beri Daging Dendeng Percuma Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan

Khairul Aming beri dendeng percuma kepada mangsa banjir

error: Content is protected !!