Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari February 13, 2023 @ 9:46pm

“Di Saat Lelaki Itu Buang Aku Seperti Sampah, Ada Lelaki Lain Perlakukanku Seperti Hal Berharga” – Rita Rudaini

Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini memuat naik sebuah kemaskini di akaun TikToknya meluahkan rasa dibuang oleh seorang lelaki yang bergelar suami.

Namun, dia bersyukur apabila dikurniakan lelaki lain yang mengambil berat dan menghargainya iaitu dua anak lelaki.

“Di saat laki-laki itu membuangku seperti sampah… Ada laki-laki lain yang mengambil dan memperlakukan saya seperti hal yang berharga,” luahnya.

Malah, Rita bersyukur dengan rezeki dikurniakan dua orang anak lelaki dan menganggap ia sebuah rezeki yang tidak ternilai dari Allah SWT.

“Syukur Alhamdulillah… rezeki yang tak ternilai dari Allah SWT,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji semangat Rita yang mampu membesarkan anak-anak seorang diri tanpa sosok lelaki yang bergelar suami.

Sekadar info, Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada 2008, namun telah berpisah pada tahun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14 dan Airit Qaqa Arjuna, 12.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Mar 2026

Sasha Saidin Maklum Keadaan Suami & Keluarga Selamat Di Dubai – “Keadaan Di Sana Masih Terkawal”

Sasha Saidin meluahkan rasa syukur keadaan suaminya, Sirhan dan rakan-rakan di Abu Dhabi dan Dubai

Drama Thu, 30 May 2024
Hiburan Wed, 21 Nov 2018
Featured Mon, 10 Apr 2023
Trending Tue, 2 Jun 2020

[TERKINI] DBKL Beku Lesen Minuman Keras

Harap tindakan ini dapat beri keadilan kepada mangsa yang terlibat

error: Content is protected !!