Euforia Bola 2026
Acara By: Aqilah Paharuzi February 13, 2023 @ 8:19pm

Kemenangan Shiha Zikir Bagi Kategori Persembahan Terbaik Dipertikai, Ini Respons Ketua Juri – “Kami Lihat Dari Segi…”

Kategori Persembahan Terbaik anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37 hangat menjadi perbualan ramai yang seakan tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut.

Bertemakan dimensi dan menggunakan gimik neon, laser, dan glow in the dark, Shiha berjaya merangkul trofi Persembahan Terbaik AJL-37 menerusi lagu Irama.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ramai yang meluahkan rasa kecewa atas penganugerahan tersebut, malah rata-rata mereka berkata penyanyi Naim Daniel selayaknya memenangi kategori tersebut atas keberaniannya membawa lagu Mainan dalam keadan terbalik.

Susulan itu, ketua juri, Datuk Mokhzani memberi penjelasan bahawa penilaian juri melihat secara aspek keseluruhan seni persembahan kesemua finalis AJL 37.

“Kami tidak menafikan persembahan Mainan nyanyian Naim, bijaksana dan begitu juga persembahan Satu Malam Di Temasek.

“Tapi kita lihat dari segi keseluruhan iaitu dari segi corak persembahan, barisan juri sebulat suara mengangkat Shiha sebagai juara dalam persembahan.

“Sebenarnya Persembahan Terbaik juga menjuruskan ke arah vokal, dan apabila kita menyanyi dalam keadaan terbalik, memang agak sukar untuk kita kawal vokal tapi saya tidak menafikan persembahan Naim menarik. Namun markah keseluruhan persembahan berpihak pada Shiha,” jelasnya.

Dalam masa sama, Mokhzani turut berkata barisan juri telah diberi tanggjungjawb untuk mendengar dan mengamati lagu-lagu finalis AJL-37 seminggu sebelah acara, dan hanya hadir pada malam kemuncak AJL untuk memberi pemarkahan.

“Apa yang dalam album, tidak sama dengan apa yang dipersembahkan malam ini kerana kalau mahu diikutkan semua orang boleh menyanyi dalam album. Jadi kami diberikan lagu lebih awal untuk mendengar dan mendalami tapi kami diberikan lagu awal bukan untuk membuat keputusan dan memberi markah.

“Seperti saya, saya tulis catatan dalam bentuk nota, malahan saya sudah hafal semua lagu. Jadi kami tidak memberi permarkahan awal, semua permarkahan hanya berlaku pada malam ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: AJL 37: “Berhabis Lebih RM100,000 Tapi Saya Puas” – Netizen Komen Naim Daniel Lebih Layak Menang Persembahan Terbaik, Ini Respons Shiha Zikir

Keputusan penilaian 12 buah lagu finalis AJL 37 dilakukan oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail.

Barisan juri yang mengadili malam berprestij itu adalah Datuk Acis, LY, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Azlan Abu Hassan, Khir Rahman dan Damian.

AJL 37 didimensikan oleh Alha Alfa Cosmetics sebagai penaja utama bagi menghangatkan acara yang memartabatkan lagu terbaik, tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Siti Nurhaliza Rupanya Mahir Bersilat?

Jaga-jaga jangan tersilap langkah ya?

Selebriti Tue, 19 Sep 2023
Hiburan Fri, 5 Apr 2019

IamNeeta Kecewa Lagu Lambat Siap?

Good luck Neeta & team!

Featured Wed, 7 Dec 2022

Hafiz Mahamad Dedah Aktiviti Harian – “Saya Hanya Menumpang Rezeki….”

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad mendedahkan dia hanya menumpang rezeki isterinya, Syafiqah Aina.   View this post on Instagram   A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) Hafiz berkongsi perkara terbabit menerusi kemas kini […]

Hiburan Thu, 23 Oct 2025
Featured Wed, 26 Nov 2025

Puteri Sarah Takut Individu Misteri Ancam Hantar Sihir – “Dia Siap Beri Amaran…”

Kata Sarah, individu itu seringkali memberikan kata-kata ancaman sehingga membuatkan dirinya berasa takut.

Hiburan Fri, 20 Oct 2023

“Noorkhiriah Orang Pertama Bagi Saya Tudung Untuk Berhijrah” – Ieda Moin

Allahu bestnya ada kawan yang selalu support hijrah kita

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Noraniza Idris Teruja Pertama Kali Buat Konsert Besar

Sepanjang 30 tahun karier saya, inilah baru pertama kali saya mengadakan konsert besar-besaran.

error: Content is protected !!