Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 16, 2023 @ 4:37am

My #QuranTime 2.0: Pengembaraan Bersama Al-Quran Menerusi TV9

TV9 membawakan My #QuranTime 2.0 (MQT) khas buat penonton untuk meneroka isi kandungan Al-Quran dan mengenali kitab suci bagi umat Islam dengan lebih mendalam. MQT 2.0 merupakan program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) dan didanai oleh penginfak dan pewakaf melalui Tabung Gerakan Al-Quran.

MQT 2.0 telah pun bersiaran bermula dari 5 Februari 2023 dan episod yang berikutnya disiarkan setiap hari pada pukul 12.00 tengahari. Program berdurasi satu jam ini akan bersiaran sebanyak 2,114 episod pada tahun ini dengan memaparkan empat segmen iaitu bacaan surah, kisah di sebalik surah, tajwid dan tadabbur.

MQT 2.0 menampilkan ustaz dan qari yang terkenal seperti Tuan Haji Fazrul Ismail sebagai pentadabbur, Ustaz Tarmizi Haji Ali sebagai Qari, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman dan Azlina Mohamed Isa.

Pada mulanya, program ini diperkenalkan untuk mengisi dan meningkatkan semangat rakyat yang tertekan akibat pandemik Covid-19 yang melanda dua tahun yang lalu melibatkan sesetengah keluarga, saudara mara, sahabat handai bahkan seluruh dunia.

Pengembaraan ini bakal membawa anda meneroka Al-Quran bermula dari Surah Al-Fatihah hingga ke juz yang terakhir. MQT 2.0 juga adalah suatu usaha bagi membantu umat Islam untuk meningkatkan penghayatan dalam solat dan hafazan.

Mari kita ramai-ramai saksikan MQT 2.0 yang akan membawa penonton belajar untuk menghayati Al-Quran melalui hafalan dan pemahaman Al-Quran melalui tadabbur serta bacaan yang mantap melalui tajwid serta tahsin. Istimewa kali ini, kajian yang dilakukan oleh YWUI untuk MQT kali ini dilakukan secara lebih mendalam untuk setiap satu pertiga dari 604 halaman Al-Quran modul Quran Al-Hafiz yang telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Jika terlepas, penonton boleh saksikan siaran ulangan bermula dari episod satu dan episod selanjutnya bermula pada 5 Februari 2023, setiap hari pada pukul 4.30 pagi. Jangan lupa untuk ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial dan layari http://www.xtra.com.my/ untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 25 Jul 2019

相隔8年再出发!欣彦「大玩性感」用音乐唱游亚洲

相隔8年Zyen欣彦再次以「芭莎公主」身份发行全新专辑,服装造型更是大露事业线,不惧走光!

Hiburan Mon, 27 Nov 2023
Trending Thu, 9 Aug 2018

What the Heck is #FindDali and Why Must We Find Him?!

Mysterious billboards and stickers with #FindDali written on it are all over Kuala Lumpur, recently.

Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Sarah Fazny Bawa Diri Ke Jakarta?

Sarah Fazny juga berjanji akan memberitahu keputusannya sebaik saja mendapat jawapan daripada sana.

Hiburan Fri, 15 Feb 2019
Featured Mon, 21 Apr 2025

“Cukup-Cukuplah Apa Yang Berlaku Pada Keluarga Saya”- Aliff Syukri

Kata Aliff, dia meminta semua pihak untuk berhenti membangkitkan isu mengenai keluarganya.

Trending Wed, 21 Aug 2019

Here are 6 Must-Go Western Eateries in Shah Alam that Promise You Good Food

Now you no longer need to break the bank to get good food.

error: Content is protected !!