Euforia Bola 2026
Drama By: Padin February 24, 2023 @ 10:30am

Fasha Sandha Kongsi Pengalaman Bawa Watak Pesakit Postpartum Psikosis

Drama Samarinda terbaharu, ‘Serpihan Sayang’ memberi fokus kepada situasi yang dihadapi oleh pesakit postpartum psikosis.

Watak Nadia yang menghidap penyakit mental ini setelah kehilangan anak dalam kandungan ketika kemalangan telah dibawa oleh pelakon berbakat tanah air, Fasha Sandha.

Kehidupan di rumah Nadia dan suaminya, Syakir (dilakonkan oleh Shah Jazle), disertai Elisya (dilakonkan oleh Elisya Sandha). Namun, kehadiran Imran (dilakonkan oleh Aeril Zafrel) yang merupakan abang kandung kepada Syakir yang telah lama terpisah, menjadi titik di mana situasi mulai berubah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Imran bijak mengatur langkah untuk mempengaruhi Syakir agar dia dapat tinggal bersama-sama. Sejak Imran mula menetap di rumah tersebut, pelbagai kejadian aneh berlaku. Penyakit postpartum psikosis yang dihidapi Nadia juga menjadi semakin parah.

Menceritakan tentang pengalaman sulungnya dalam drama bergenre psiko thriller, Fasha Sandha mengakui bahawa terdapat pelbagai cabaran yang dihadapinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Antaranya adalah dalam menjaga konti karakternya dan bermain pelbagai emosi. Melakonkan watak yang mempunyai kecelaruan identiti (split personality) – “sekejap ok, sekejap tak ok” – turut memberi cabaran yang tersendiri.

Memainkan watak yang berat ini juga memberi impak kepada kehidupan Fasha. “Saya amat penat sewaktu memegang watak (Nadia) tu sebab saya kena betul-betul memahami karakter tersebut.”

“Terbawa-bawa juga lah bila saya balik rumah.”

Namun, Fasha gembira dengan cabaran yang memberi peluang untuknya mengasah bakatnya lagi.

Fasha turut meluahkan rasa syukur atas bantuan pengarah, Amor Rizan, rakan-rakan artis dan juga ibu Fauziah Nawi yang membantunya membawa watak ini dengan lebih baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Fasha juga berkongsi pengetahuan baharu tentang penyakit postpartum psikosis ini yang dipelajarinya menerusi pembawaan watak Nadia.

Katanya, “Saya belajar daripada pengarah dan antara pengetahuan baru penyakit ini adalah dia (pesakit) tidak boleh terlalu ditekan dan dia tak boleh bersendiri.”

Tambahnya lagi, “Dia kena selalu bercakap tentang apa yg dia rasa dgn seseorang. Itu antara apa yang saya belajarlah.”

Bagi Fasha, drama ‘Serpihan Sayang’ ini wajib ditonton kerana “…pengarah kami, Cik Amor, sangat berbakat dalam genre cerita yang sebegini. Jadi cerita ini lain daripada yang lain.”

Cerita Apa? ‘Serpihan Sayang’
Hari Apa? Setiap Isnin hingga Jumaat
Jam Berapa? 10 malam
Di Mana? TV3 & Strim Langsung HD di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Wed, 28 Jun 2023
Drama Thu, 10 Aug 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Rajuk Karina’

Karina bangkit mencari kebahagiaan.

Drama Thu, 2 Dec 2021

Pengarah Kisah Cinta Kita Jawab Dakwaan Babak Tepis Telefon Tiru Babak K-Drama Descendants of The Sun

Sebelum ini, tular di TikTok tentang babak di dalam drama bersiri Kisah Cinta Kita dikatakan meniru adegan drama cinta popular di Korea, Descendants of The Sun (DOTS). Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh pengguna […]

Drama Tue, 21 Apr 2020

Save The Date! Lebih Banyak Rancangan Menarik Disajikan Buat Korang Sempena Ramadan Tahun Ini

Duduk di rumah sambil tengok rancangan menarik sepanjang Ramadan ini!

Drama Mon, 22 Jan 2024

[VIDEO] Bawa Watak Suami Curang & Panas Baran, Zamarul Hisham Buat Netizen Naik Benci… Netizen Komen: “Ini Real! Memang Kena Tengok”

Abang Zamarul kalau berlakon memang tabik🙋‍♀️ Bagilah watak apa sekalipun serius menjadi!🔥

Drama Fri, 31 Jan 2025
Drama Wed, 22 Feb 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Serpihan Sayang’

Penyakit postpartum psikosis bukan perkara biasa.

error: Content is protected !!