Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 20, 2023 @ 8:06pm

Bercinta Dengan Atlet Bola Keranjang Hong Kong, Yazmin Aziz Bakal Kahwin Hujung Tahun Ini? – “Usia Muda Bukan Penghalang”

Selepas episod cinta bersama pemain bola sepak gagal sebelum ini, kini penyanyi Yazmin Aziz sudah menemui cinta baharu iaitu seorang atlet bola keranjang asal Hong Kong.

Memetik laporan mStar, Yazmin berkongsi detik perkenalan bersama jejaka bernama Austin Veloso itu pada Januari lalu.

“Kami bertemu pada Januari ketika Austin menyertai pertandingan di Kuala Lumpur dan kebetulan saya bersama keluarga pergi menonton perlawanan tersebut.

“Kemudian ada peminat ajak kami bergambar bersama dengan pemain dan daripada situ kami mula kenal.

“Mulanya saya memang tak layan walaupun setiap hari dia hantar mesej ajak berjumpa dan sebelum dia pulang ke Hong Kong kami bertemu malah ibu saya turut ikut,” kongsinya.

Tambah pelantun lagu Pencuri Hati ini dia mengakui selesa bersama Austin dan tidak menolak rezeki untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.

“Dari dulu lagi saya sentiasa tetapkan dalam fikiran kalau bercinta adalah untuk mencari pasangan hidup dan berkahwin.

“Austin seorang lelaki yang berbeza dan saya rasa tenang dengannya. Apa yang dia mahu selari dengan pendirian saya.

“Secara peribadi, saya sedia untuk berkahwin. Usia muda bukan jadi penghalang. Kalau ada jodoh mungkin selepas tamat belajar hujung tahun ini saya mahu kahwin.

“Walaupun kami ini LDR (percintaan jarak jauh), tapi rasanya dia sentiasa ada bersama. Dia selalu update melalui mesej dan telefon. Kami juga cuba untuk tetapkan berjumpa sebulan sekali sama ada saya terbang ke sana atau dia datang ke sini,” ujarnya.

Terdahulu, Yazmin menjalin cinta bersama pemain bola sepak Nixon Guylherne dan hubungan tersebut tidak bertahan lama.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Jul 2023
Hiburan Sun, 24 Dec 2017

Selebriti Media Sosial Maut Dihujani Peluru

Selebriti Media Sosial Maut Dihujani Peluru Selepas Persenda Ketua Kartel Dadah

Featured Wed, 18 Jan 2023

Keadaan Semakin Pulih, ‘Yes Sir’ Buah Tangan Terbaharu Zamani Buat Peminat

Semakin pulih selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang melengkung akibat penyakit skoliosis, penyanyi terkenal Zamani kembali semula mewarnai industri seni tanah air dengan lagu terbarunya berjudul Yes Sir. Lagu ini juga turut dinyanyikan bersama […]

Featured Thu, 25 Aug 2022
Trending Wed, 16 Jun 2021
Hiburan Mon, 29 Jul 2024
error: Content is protected !!