Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 24, 2023 @ 1:17pm

“Yang… I Nanti Kalau Dah Beranak, Tak Nak Basuh Berak Baby” – Celoteh Madammu Curi Perhatian

Usahawan popular, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu mendedahkan dia tidak mahu membasuh najis anaknya sebaik sahaja melahirkan kelak.

Menerusi rakaman sesi siaran langsung yang dikongsikan semula oleh peminatnya di TikTok, Madammu dilihat sedang membasuh muka sambil berceloteh memberitahu perkara demikian kepada suaminya, Muhammad Azri Che No.

“Sayang, kalau saya dah beranak nanti, saya tak nak basuh berak baby… Awak basuh lah, sebab saya nak pakai kuku palsu.

“Nak basuh ke tak? Sebab saya punya kuku tak boleh, kuku saya panjang nanti ada baby,” katanya.

Bagaimanapun, menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet yang selalu melayan sesi live Madammu mengakui, kenyataannya itu  hanyalah sekadar bentuk gurauan kerana dia sering dilihat menyakat suami dan anak-anaknya.

“Terkenyit-kenyit mata Madammu nak bagi hint kat suami yang dia bergurau.

“Madammu ni memang lawak.

“Saya ada carwash, takpun Madammu hantar je dobi, senang sikit.

“Siapa yang selalu tengok live Madammu tahulah, dia memang suka bergurau dengan suami dia,” komen netizen.

Terdahulu, Madammu mengaku pernah menolak untuk diberi gelaran ‘Datuk’ dengan alasan dia mempunyai target tersendiri sebelum menerima apa-apa pangkat.

 

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Feb 2023
Featured Wed, 17 May 2023
Featured Fri, 8 Jul 2022

[VIDEO] “Hati Tak Tenteram” – YouTuber ‘Tarik Tudung’ Akui Insaf & Terkesan.. Terima Ugutan Untuk Dicederakan

Teruk kena ugut sampai buat laporan polis! Hm, moga apa yang jadi untuk YouTuber baharu ni jadi pengajaran buat semua content creator kat luar sana ya..

Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] “Video Dia Setahun Sekali, Kena Tunggu Tahun Depan” – Ramai Tertunggu-Tunggu Kemunculan Mira Filzah Di TikTok

Pelakon terkenal, Mira Filzah meraih perhatian warganet selepas tular sebuah videonya di TikTok, baru-baru ini. Menerusi hantaran berdurasi 34 saat itu, Mira sedang duduk sambil ‘lip sync’ menggunakan lagu berjudul Sure Thing nyanyian Miguel dengan […]

Hiburan Thu, 16 Mar 2023
Featured Wed, 25 Feb 2026

“Aku Masih Ingin Tinggal Sedikit Lebih Lama” – Hantaran Elyana Undang Sebak, Kini Aktif Jalani Rawatan Kemoterapi

Perkongsian terbaharu penyanyi dan pelakon, Elyana mencuri perhatian apabila dia memuat naik kata-kata seolah-olah itu adalah luahan hatinya.

Featured Sat, 5 Mar 2022
error: Content is protected !!