Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir March 1, 2023 @ 6:01pm

10 Babak ‘Panas’ Dipotong, Terengganu Haramkan Tayangan Filem Pulau – “Kami Sudah Menghantar Rayuan…”

Jalan cerita filem Pulau terpaksa dipotong sebanyak 10 babak ‘panas’ bagi mendapatkan tayangan untuk klasifikasi PG13 di pawagam.

Menurut Fred Chong selaku penerbit naskhah itu, pemotongan babak-babak terbabit membuatkan filem Pulau berjaya ditayangkan di 127 pawagam berbanding 70 pawagam sahaja sebelum ini.

“Bagi mendapatkan klasifikasi PG13, kami terpaksa memotong 10 babak. Pada mulanya, Pulau berjaya mendapat 70 pawagam menerusi Skim Wajib Tayang sahaja.

“Tetapi pihak pengedar berjaya mendapatkan 127 pawagam. Cuma apabila Pulau diharamkan di Terengganu, jumlah berkurang kepada 124 pawagam,” katanya.

Fred ditemui semasa tayangan perdana filem Pulau bersama barisan pelakon lain di GSC, The Starling Mall, Petaling Jaya, semalam.

Sekadar info, filem terbitan My Way Pictures dengan kerjasama Film Force dan WebTVAsia melaporkan bahawa filem ini diharamkan tayangannya di Terengganu selepas kontroversi trailer itu tular.

Namun, Fred memberitahu pihak mereka masih menunggu keputusan rayuan untuk membolehkan tayangan filem di negeri pantai timur tersebut.

“Sejujurnya kami masih berharap ia dapat ditayangkan di sana. Malah kami sudah menghantar rayuan seminggu lalu tetapi masih menunggu jawapan daripada kerajaan negeri,” ujarnya.

Pada masa sama, Fred mengharapkan filem Pulau ini mendapat tempat di hati ramai penonton serta berjaya mendapat kutipan lebih RM7juta.

“Kami percaya Pulau adalah satu filem yang baik dan harus ditonton. Jadi kita berharap agar penonton terbuka dengan filem ini.

“Saya juga berharap Pulau dapat mengatasi rekod kutipan peribadi saya iaitu RM7 juta menerusi filem Nasi Lemak 2.0,” jelasnya.

Terdahulu, trailer filem Pulau ini mendapat kecaman dari pelbagai pihak kerana didakwa ada beberapa adegan panas serta pemakaian yang seksi yang tidak sesuai ditayangkan di negara ini.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 9 Mac depan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 3 Feb 2024

Pecah Rekod! 80,000 Pek Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming ‘Licin’ Dalam Masa 3 Minit 39 Saat

Fuhh congrats Khairul Aming! Tak sabar nak rasa Dendeng Nyet Berapi

Featured Thu, 27 Oct 2022
Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Nak Tengok Payudara Fatin Afeefa, Lelaki Pervert Siap Bagi Salam

Makin teruk manusia sekarang kan? Namun netizen menyifatkan individu yang menghantar mesej terbabit adalah seorang yang pervert!

Featured Mon, 21 Aug 2023
Trending Hari Ini Mon, 4 May 2020
Trending Sun, 26 Nov 2017

Empat Kakitangan SESB Parah Pencawang Meletup Dan Terbakar

Empat Kakitangan SESB Parah Pencawang Meletup Dan Terbakar

Featured Tue, 3 Sep 2019

Berhenti membawa beg tangan berat!

Jika anda tahu kesannya, sila tukar beg tangan kecil sahaja!

error: Content is protected !!