Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 4, 2023 @ 5:30pm

Pernah Jadi Pembancuh Air Teh Di Surau, Hun Haqeem Tak Malu – “Ia Jadi Inspirasi Untuk Saya Menjiwai Watak”

Pelakon tinggi lampai, Hun Haqeem tidak menyangka pengalaman menjadi budak pembancuh air teh di surau satu ketika dahulu boleh menjadi inspirasi untuknya menjiwai watak menerusi drama terbaharu lakonannya bersama Mira Filzah.

Hun berkata, menjadi budak pembancuh air teh di surau pada bulan Ramadan memberikan dia kelebihan menjayakan watak utama dalam drama tersebut.

“Saya pernah menjadi budak pembancuh air teh di surau setiap kali bulan Ramadan dan disebabkan itu saya sedikit sebanyak boleh mendalami watak yang diberikan.

“Selain itu, banyak juga karakter yang saya jadikan rujukan kemudian disatukan untuk membawakan watak sebagai Imam Asyraf dalam cerita ini,” katanya.

Dalam pada itu, memetik laporan mStar, Hun atau nama sebenarnya, Haqeem Hermy, 25, memaklumkan, dia juga banyak mendekati jemaah masjid dan sama-sama menunaikan solat agar lebih mendalami karakternya sebagai seorang yang mempunyai nilai agama yang tinggi.

“Saya juga mendekati jemaah sewaktu ke surau untuk menunaikan solat berjemaah bersama-sama demi watak yang diberikan,” jelasnya.

Tidak habis disitu, aktor ini juga mengakui sangat seronok untuk berlakon buat pertama kalinya bersama pelakon popular, Mira Filzah.

“Sangat best berlakon bersama Mira Filzah kerana sebelum ini kami pernah bekerjasama dalam penggambaran sebuah muzik video. Malah antara kami memang ada chemistry ,” kongsinya.

Terdahulu pelakon kacak ini pernah mendapat perhatian apabila meberitahu dia mahu lebih memahami kesukaran dan cara hidup seorang wanita termasuklah merasai sendiri kesakitan ‘period pain’ jika boleh bertukar jantina untuk masa satu hari.

 

 

Sumber : mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Mar 2021
Trending Tue, 10 Apr 2018

Penampakan UFO Terbang Di Ruang Udara Texas?

Ia kelihatan seolah-olah sebuah pesawat tetapi mengeluarkan cahaya terang. Tidak dapat dipastikan sama ada itu roket atau UFO. Agak-agak korang apa ya?

Trending Mon, 4 Nov 2019
Trending Tue, 1 Jan 2019
Featured Fri, 13 Jan 2023

Keperitan Alami Anxiety, Jerry Zakaria Lepaskan Emosi Dalam ‘Kehilangan’

Sedihnya lagu ni.. Masalah penyakit mental bukan isu main-main tau

Trending Tue, 9 Feb 2021

‘Shooting’ Kini Dibenarkan Kecuali… – MKN

Alhamdulillah, Tapi SOP jangan dilupakan!

Featured Sun, 28 Oct 2018
Trending Sun, 16 Sep 2018

Remaja Pukul Bapa OKU Kerana Televisyen Ditahan

olis menahan seorang remaja lelaki kerana memukul bapanya menggunakan kayu hoki sehingga cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Permatang Pauh di sini Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah […]

error: Content is protected !!