Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 6, 2023 @ 11:38am

“Sakit Jahit Lagi Sakit Dari Beranak” – Mahu ‘Move On’, Nurul Shuhada Takkan Putuskan Hubungan Ayah & Anak-Anak

Enggan mengulas lanjut mengenai situasi dirinya ditumbuk, bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, mengaku hanya mampu menyerahkan segala-galanya kepada pihak polis untuk siasatan.

Bagaimanapun, dia menyifatkan kesan tumbukan tersebut lebih sakit berbanding pengalaman melahirkan anak.

“Saya minta maaf tapi perkara ni dah serahkan segala-galanya kepada pihak polis. Jadi, buat masa sekarang pihak polis akan kendalikan semua dan percaya mereka boleh selesaikan kes ni dengan adil dan saksama.

“Di sini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor dan semua staf  Hospital Selayang cuba buat yang terbaik untuk saya. Doktor siap cakap kat saya ‘I am so sorry, I will try my best to look your parut look nice’. Tapi tak apa, saya anggap ini adalah peringatan untuk saya dan ‘hadiah’ hari jadi buat saya yang ke-29.

“Jahit dekat ni lagi sakit dari jahit beranak, sakit sangat-sangat. Nasib baik tak kena kat mata,” kata Shu ketika di temu bual dalam program Melodi.

Meskipun reda dengan takdir yang ditentukan Tuhan, Shuhada memaklumkan dia perlu ‘move on’ daripada bekas suaminya itu dan memastikan hubungan ayah dan anak-anaknya tidak akan terputus.

“Saya tidak mahu memburukkan ayah mereka dan perkara ini juga saya tidak beritahu mereka.

“Lagipun, mereka perlukan ayah mereka dan saya tidak akan putuskan hubungan antara ayah dan anak-anak,” jelasnya.

Terdahulu, Hafidz dilaporkan menumbuk muka Shuhada sehingga terkoyak dan meninggalkan kecacatan kekal pada wajahnya dan telah ditahan kira-kira jam 12 tengah hari ketika dia hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Bagaimanapun, pelakon tersebut dibebaskan dengan ikat jamin pada hari sama sebaik sahaja selesai diambil keterangan.

ARTIKEL BERKAITAN:Tumbuk Muka Isteri Hingga Koyak, Kes Nurul Shuhada Kini Dirujuk Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita & Kanak-Kanak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Featured Fri, 3 Apr 2020

7 sebab Huawei MatePad Pro perlu dimiliki

Tablet baharu memudahkan kerja dari rumah

Hiburan Sun, 21 Apr 2019

Sam Shaffik Juara Mister Planet Nation Malaysia 2019, Tahniah!

Begitu juga para pemenang 5 gelaran istimewa – Sam Syaffik (Mister Favorite), Aidil Amin (Mister Fitness), Azri Rahim (Mister Friendship), Izwan Ali (Mister Talented) telah membawa pulang sash beserta pakej percutian tajaan Erya by Suria dan pakej fotografi ekslusif tajaan Blackpepper Production khas buat Mister Photogenic, Ezrul Rizwan.

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

Ini Ujian Paling Hebat Buat Saya – Ismail Izzani

Saya tak mahu komen mengenai apa yang didakwa oleh mereka. Bila tiba masanya saya akan keluarkan kenyataan. Sabarlah ya…

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Mahu Ulang Fenomena 12 Tahun Lalu, Imran Ajmain Hadiahkan Intan Dan Perak

Naratif itu juga boleh digunakan di dalam perhubungan moden di mana wanita zaman kini punya pendidikan tinggi sekali gus memiliki pendapatan tinggi hingga menjadikan golongan lelaki pula tidak mampu melakukan hal sama termasuk mengekalkan hubungan.

Hiburan Mon, 11 May 2026

Shila Amzah Akui Minat Fauziah Latiff Sejak Kecil, Terkilan Tarikh Konsert Bertembung – “Saya Tahu Hampir 90 Peratus Diskografi Beliau”

Shila turut berterima kasih kepada Fauziah kerana menjadi antara penyanyi yang banyak mencorakkan memori zaman kanak-kanaknya.

Featured Tue, 14 Jan 2020
error: Content is protected !!