Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir March 6, 2023 @ 1:45pm

Marsha Milan Rancang Buat Rawatan IVF, Dilema Perlu Berehat Dari Karier Seni

Penyanyi Marsha Milan membuat keputusan untuk mencuba kaedah rawatan kesuburan In-vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Menurut Marsha, dia dan suami, Mohamed Shaiful Nizam sudah sepakat untuk membuat rawatan tersebut tetapi masih belum ada tarikh untuk memulakan rawatan.

“Saya sudah berkahwin selama sembilan tahun dan ada perancangan untuk melakukan IVF semasa berbincang dengan suami.

“Dia ada cakap boleh mula lakukan selepas Anugerah Juara Lagu (AJL) tetapi sekarang masih tiada tarikh.

“Sekarang baru nak cuba betul-betul dan alhamdulillah saya sihat sewaktu buat pemeriksaan,” katanya.

Marsha ditemui semasa sidang media kolaborasi Alternate Records Sdn Bhd dan Luncai Emas Sdn. Bhd. baru-baru ini.

Namun, pelantun lagu Cinta ini tidak mahu meletakkan sebarang harapan yang tinggi soal rawatan tersebut dan pengambilan anak angkat.

“Meskipun berikhtiar, kami berserah sahaja tetapi tidak pernah terfikir lagi untuk ambil anak angkat sebab nak cuba IVF dahulu.

“Saya tidak mahu tertekan mengenai perkara ini kerana semuanya rezeki Allah.

“Dari pihak saya, saya tidak kisah mengambil anak angkat dan pernah terdetik untuk lakukan perkara tersebut jika tiada rezeki dapat zuriat sendiri,” jelasnya.

Pada masa sama, Marsha mengakui sedang di dalam dilema untuk melakukan rawatan IVF itu memandangkan dia perlu berehat dari karier seninya.

“Sebenarnya saya dalam dilema untuk berehat semasa melakukan IVF kerana karier sedang meningkat sekarang.

“Suami pun tidak tergesa-gesa kerana kami pun belum tua sangat dan masih ada masa,” tuturnya.

Untuk rekod, Marsha mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 2015.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Nov 2019
Featured Thu, 28 Apr 2022

Harga Tiket Konsert Mahal? Ini Penjelasan Aina Abdul

Penjelasan tentang harga konsert Aina Abdul yang dikata mahal.

Hiburan Tue, 13 Jun 2023

Bakal Bawakan Irama Keroncong, Han Byul Cuba Kelainan Dalam Nyanyian

peh susah ni lidah korea bawa lagu keroncong

Featured Fri, 16 Feb 2024
Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Elfira Loy Sudah Hamil?

Dalam pada itu, Elfira turut memuat naik story yang menunjukkan beliau seakan mengidam asam jeruk. Selalunya ibu-ibu mengandung memang macam ni. Dah bagi hint ke tu?

Trending Fri, 16 Feb 2018

10 THINGS FROM OUR CHILDHOOD THAT WILL BRING BACK SWEET MEMORIES

#Throwback to wonderful memories from our youthful days.

Trending Tue, 16 Mar 2021
Featured Tue, 18 Apr 2023

Perjelas Salah Faham Kenyataan Ibu Mentua, Puteri Sarah Bakal Sambut Aidilfitri Di Kuala Lumpur

Boleh Syaikhul dan sumayyah beraya dengan atok dan neneknya❤️

error: Content is protected !!