Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 10, 2023 @ 12:39pm

Tidak Setuju Konsert Artis Luar Negara Dikutuk, Sajat Tampil Beri Ulasan – “Inilah Yang Dikatakan Cuti-Cuti Malaysia”

Usahawan terkenal Sajat tampil memberikan ulasan dan pendapatnya berkenaan konsert artis luar negara yang diadakan di Malaysia, kebelakangan ini.

Menerusi video yang tular di TikTok, Sajat seolah-olah tidak bersetuju apabila konsert artis luar negara seperti Blackpink menjadi kutukan dalam segelintir pihak.

Menurut Sajat, acara sedemikian sangat bagus untuk diadakan bagi membantu dan meningkatkan sektor ekonomi dan pelancongan negara.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Sajat selepas ditanya oleh peminatnya ketika membuat live.

“Konsert artis luar negara pun kena kutuk masuk Malaysia. Rakyat tak tahu ini satu income negara melalui bayar tax. It’s a bagus! kalau dia tak buat konsert dekat Malaysia, itu salah satu pelaburan.

“Yang datang konsert tu bukan semua orang Malaysia. Ada pada Thailand, Singapore. It’s a good invest sebab orang nak membeli. Konsert tu pula bukan bagi keuntungan pada Blackpink 100 peratus, kepada kita punya sektor pelancongan.

“Orang luar yang mana excited untuk tengok Blackpink diorang akan turun Malaysia dan kat situlah sektor-sektor percutian, memperkenalkan produk menggunakan tempat.

“Itu salah satu, jangan pandang tuju satu (satu arah tuju), pandang anggap it’s a business. This is a business, inilah yang dipanggil tourism, inilah yang dikatakan Cuti-Cuti Malaysia.

“Kalau tak ada konsert, hiburan, tak ada apa-apa entertainment orang takkan masuk, orang takkan datang kat negara kita,” katanya.

Dalam pada itu, Sajat juga memandang acara hiburan yang dibawakan oleh artis luar negara tersebut mampu memperkenalkan Malaysia dengan lebih dekat kepada pelancong yang datang.

“Bila pemimpin kita melonggarkan akta-akta hiburan yang orang boleh masuk, ini adalah salah satu kepentingan yang bukan untuk pemimpin tetapi untuk rakyat.

“Malaysia ni negara perpaduan, negara yang multicultural. Kita ada banyak tempat-tempat dan pulau yang cantik. Tapi kenapa kita tak benarkan orang datang untuk diperkenalkan.

“Bila masuk sumber-sumber ni kita punya mata wang akan naik. Orang akan berminat dan lebih tertarik untuk membuat sesuatu benda di dalam Malaysia,” jelasnya.

@sajatperempuanfuh KONSERT ARTIS LUAR ADALAH INVESTMENT UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA #sajat #nursajat #fyp #fypシ #fypシ゚viral #viral ♬ original sound – SajatNur

Kagum dengan pendapat yang dikemukakan, rata-rata warganet memuji cara pemikiran usahawan itu menerusi ruangan komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Kerana Kurang Susu Badan Terus DiKecam Oleh Netizen!

Hanya kerana kurang susu badan dikecam teruk oleh netizen , apa nak jadi dengan dunia sekarang nie

Featured Wed, 16 Nov 2022

Buat Trend ‘Jealous? You Don’t Even Exist To Me’ Di TikTok, Ramai Terhibur Lihat Gelagat Ain Edruce & Suami

Sudah pasti ramai yang mengetahui, pengacara dan pelakon Ain Edruce sering kali mengusik suaminya, Amirul Hafiz sehingga berjaya meraih perhatian ramai di media sosial. Terbaharu, perkongsian Ain di TikTok miliknya sekali lagi mencuri tumpuan warganet […]

Hiburan Sat, 24 Jan 2026
Featured Mon, 12 Sep 2022

Kerap Muncul Dalam Filem Beruniform, Netizen Naik Muak Dengan Hairul Azreen?

Alamak apa kes? Tak ada angin tak ada ribut nama Hairul Azreen jadi sebutan 🥵🤭

Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Single ‘Bila Kau Datang Menangis’ Didakwa Tiru Lagu ‘Beetlebum’ Kumpulan Blur, DUKES Beri Penjelasan

Betul ke lagu Bila Kau Datang Menangis nyanyian DUKES tiru lagu kumpulan Blur yang berjudul Beetlebum?

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

No More Lee Kwang Soo in Busted?!

Fans aren’t excited about this…

error: Content is protected !!