Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari March 12, 2023 @ 8:06pm

Konsert ST12 Hiburkan Lebih 8,000 Peminat, Tribute Buat Saleem & Anggota ST12

Lebih 8,000 peminat dihiburkan oleh kumpulan ST12 menerusi Konsert Reunion ST12/20 Tahun Charly Berkarya yang telah berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil semalam.

Para penonton didendangkan dengan lagu-lagu popular mereka seperti Putih-Putih Melati, Saat Terakhir, Cari Pacar Lagi, Jangan Pernah Berubah, Cinta Yang Tak Haru Memiliki, Aku Masih Sayang, Puspa, Putri Iklan dan banyak lagi.

Persembahan yang penuh bertenaga tersebut mendapat sorakan daripada penonton pada setiap lagu.

Konsert dimeriahkan lagi dengan penampilan penyanyi undangan Firman Siagan yang menyanyikan lagu Kehilangan, Jaclyn Victor menerusi lagu Kepingan Hati dan Ezad Lazin mempersembahkan nyanyian dengan lagu Mengintai Dari Tirai Kamar.

Walau sedang bergembira, suasana konsert menjadi sayu apabila Charly menyanyikan lagu penyanyi Allahyarham Saleem yang berjudul Suci Dalam Debu sebagai tribute.

Bukan itu sahaja, Charly turut mengingati anggota-anggota ST12 yang telah pergi selamanya dan mendendangkan sebuah lagu sehingga menitiskan air mata.

Lebih menarik, Charly turut berduet dengan anaknya, Restu menerusi lagu Biarkan Jatuh Cinta dan juga diberi peluang untuk membuat persembahan secara solo.

Antara rakan artis yang turut hadir di Konsert Reunion ST12/20 Tahun Charly Berkarya ialah Datuk M. Nasir dan MK K-Clique.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 Jan 2024
Hiburan Fri, 3 May 2019

Asmidar Putus Asa Sebagai Penyanyi?

Saya menjadikan teman seperjuangan, Ernie Zakri sebagai sumber inspirasi. Kami pernah melalui pengalaman hampir sama, tetapi dia tidak pernah patah semangat.

Hiburan Mon, 10 Dec 2018
Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Featured Wed, 15 Sep 2021

Pelancong yang Ingin Bercuti Ke Langkawi, WAJIB Buat Swab Test!

Take note! Jangan tarik luggage je okay…

Featured Thu, 12 Mar 2026

Terima 236 Juta Penstriman, Lagu ‘Masing Masing’ Ernie Zakri & Ade Govinda Diiktiraf Asia Book Of Records

Karya hit ‘Masing Masing’ nyanyian Ernie Zakri terus mencatatkan sejarah apabila berjaya meraih lebih 236 juta penstriman menerusi paltfrom Spotify.

error: Content is protected !!