Euforia Bola 2026
Anugerah By: Maya Basir March 13, 2023 @ 3:15pm

Raih Kemenangan Bawa Watak G*y, Aaron Aziz Angkat Drama Yang Terjadi Dalam Masyarakat

Pelakon Aaron Aziz tidak menyangka dirinya memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik di dalam Tonton Anugerah Drama Sangat menerusi drama Suamiku Lelaki Pendosa.

Menurutnya, dia datang untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan dan tidak tahu dirinya turut tercalon.

“Sebenarnya saya datang atas tanda sokongan kepada TV3 dan pihak-pihak yang menjayakan drama saya. Saya sendiri tak tahu tercalon dalam mana-mana kategori.

“Saya pun baru lepas training rasa penat tak hilang jadi saya pun keluar dari dewan. Tiba-tiba saya disuruh masuk semula dan diumumkan saya menang.

“Saya betul-betul speechless dan tak sangka. Namun, saya rasa berbesar hati dan bersyukur kepada Allah SWT. Saya tak sabar nak tunjuk trofi ini kepada anak-anak,” katanya.

Mahu mencuba sesuatu yang baru, Aaron mencabarkan diri membawa watak seorang lelaki yang bercinta dengan kaum sejenis.

“Saya selalu dapat watak hero jadi untuk drama ni saya nak cuba untuk bawa sesuatu yang berbeza iaitu jadi suami yang teruk dan seorang gay.

“Saya memang tiada masalah untuk bawa watak tersebut kerana saya sukakan cabaran. Tapi saya rasa saya tak akan boleh buat tanpa bantuan pengarah, penulis skrip dan pelakon lain, Gambit dan Sophia Albarakbah.

“Saya berlakon dengan sepenuh hati dan inilah ganjarannya. Bila kita melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan, inilah rezeki daripada Allah,” ujarnya.

Disoal sama ada bimbang jika dengan kemenangan ini isu drama tersebut akan berbangkit, dia mengatakan ia hanya lakonan dan sebagai manusia, dia tidak layak untuk menghukum golongan seperti itu.

“Pada saya tiada masalah sebab ia hanya lakonan dan perkara ini bukan lagi satu taboo malah ada terjadi dalam masyarakat kita.

“Tapi saya bawa watak itu bukan untuk menjatuhkan sesiapa sebab sebagai manusia kita tiada hak untuk menghukum tentang seseorang punya naluri itu lebih kepada wanita atau lelaki.

“Saya bawa watak itu pun bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa hanya untuk menghidupkan karya Suamiku Lelaki Pendosa,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Thu, 26 Oct 2023

“Kali Ini Saya Tak Uruskan” – Enggan Masuk Campur Hal Adik-Beradik Pindah Rumah, Shila Amzah Pilih Berdiam Diri & Lepas Tangan

Kalau ada masalah nanti dan mereka minta tolong… tengoklah bagaimana – Shila Amzah

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Era Of Live Party Tampil Memukau Dengan 3 Lagu ‘Berhantu’ Calum Scott

Cair dengar suara dia kan? Apapun, terus stay tune tengok E! News versi Malaysia di channel Youtube kami!

Featured Tue, 14 Jan 2025

Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Manis, 40 Tahun Pasang ‘Impian’ Miliki Motor Berkuasa Besar

Sharnaaz kini berjaya memiliki moto berkuasa besar jenis CVO Road Glide ST.

Hiburan Wed, 24 Jan 2024
Trending Mon, 25 Jun 2018

MP Wants Malaysians to Marry at 18-Years-Old and Above

She wants to end child marriages.

Hiburan Fri, 3 Jan 2020

TWICE Momo Dan SUPER JUNIOR Heechul Disahkan Sedang Hangat Bercinta!

ONCE dan E.L.F approve tak hubungan mereka?

Hiburan Tue, 21 Jan 2025
error: Content is protected !!