Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 23, 2018 @ 2:39pm

Bahagia Dengan Anak-Anak, Erma Fatima Tak Fikir Cari Pengganti

Pelakon serba boleh, Erma Fatima mengakui dia masih belum terfikir untuk mencari pengganti buat masa ini.

“ Secara jujurnya, saya dah tak fikir semua itu. Buat masa sekarang saya sangat bahagia dengan kehidupan solo.

“ Bukan apa, bukan mudah untuk mengenali hati budi seseorang. Saya rasa menyusahkan diri saja nanti. Nak kena belajar faham dia, nak faham kerenah dia…kena start all over again,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Permainan Mudah Alih, Mak Cun’s Adventure di Restoran Subak, sebentar tadi.

Ketika diusik sama ada mana-mana lelaki yang cuba mendekati Erma Fatima sejak kembali solo, beliau dalam nada berlawak memberitahu, “ Buat masa ini tiada langsung, tak ada siapa berani lagi,”

Beliau menegaskan fokus hidupnya kini adalah anak-anak.

“ Mereka adalah harta yang saya ada,” katanya.

Erma mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 24 tahun, Ahmad Arir, 22 tahun, Ahmad Aifin, 20 tahun, Citra, 15 tahun, dan Nurain berusia 11 tahun.

Perkahwinan Erma bersama pengarah terkenal, Bade Azmi bertahan selama 26 tahun dan kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah pada 17 Ogos 2017.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Sat, 13 Jan 2018

Wan Maryam Nama Anak Fizo Omar & Mawar

Berkongsi nama puteri mereka yang dinamakan Wan Maryam selain dari berkongsi wajah puteri kesayangannya

Hiburan Mon, 3 Nov 2025

“Saya Sendiri Nak Buat, Bukan Suami Paksa!” – Fatin Nafi Dakwaan Prince Syed Suruh Jalani Pembedahan Bariatrik

Fatin juga meluahkan rasa kecewa apabila isu pembedahan tersebut tiba-tiba dikaitkan dengan masalah rumah tangga mereka

Featured Fri, 14 Apr 2023
Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Hiburan Wed, 19 Feb 2020
Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Jalan-Jalan Makan Angin Gabung Tiga Produksi, Pamer Tarikan Di Jepun

Kepada korang yang nak tahu tempat-tempat menarik di negara matahari terbit ni bolehlah tengok JJMA nanti ya!

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

容祖儿刘浩龙被爆「苦恋5年」无果分手

容祖儿纵横香港乐坛10多年,影视歌三栖,「粤语天后」当之无愧,不过在感情这部分则是相当低调,和圈内男友刘浩龙至今交往5年,却在外界认为两人交往稳定之际,近日被爆已经分手,对此双方均未正面回应。

error: Content is protected !!