Euforia Bola 2026
Drama By: Khairil Khusyairi March 13, 2023 @ 5:49pm

Azim Yusof Teruja Berlakon Dalam Melur Untuk Firdaus 2, Akui Ada Sedikit Tekanan

Pelakon Azim Yusof mengakui sedikit berasa tertekan apabila bakal muncul dalam drama fenomena Melur Untuk Firdaus untuk musim kedua yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

Azim atau nama lengkapnya Abdul Azim Mohd Yusof, 26, meluahkan rasa teruja apabila dapat membintangi drama popular tersebut.

“Untuk saya lakonkan dalam musim kedua ini, ada juga tekanan tapi saya rasa inilah peluang saya. Mengapa tidak, sangat seronok, pengalaman berlakon pun best.

“Saya memegang watak sebagai Zakri. Tidak terlalu antagonis tapi cuma rasa berbelah bahagi. Umumnya wataknya seorang yang ‘humble’ sahaja,” kongsinya teruja.

Azim ditemui XTRA seusai Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Dalam pada itu, Azim berkata dia berharap drama Melur Untuk Firdaus musim kedua ini bakal mendapat tempat di hati penonton sekali lagi seperti mana yang terjadi pada musim pertama.

“Sekarang masih lagi dalam penggambaran Melur Untuk Firdaus 2 yang akan keluar tak lama lagi.

“Saya juga ada banyak belajar dengan kawan-kawan pelakon lain. Saya banyak tengok drama untuk mantapkan lakonan.

“Harapan saya apa yang terjadi pada musim pertama akan jadi lebih hangat pada musim kedua nanti, Insya-allah,” ujarnya.

Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 yang berlangsung semalam menyaksikan Melur Untuk Firdaus merangkul trofi bagi kategori Drama Adaptasi Novel Terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Sohor Kini Di Twitter Sehingga Ke Indonesia, Ramai Tak Sabar Nantikan Melur Untuk Firdaus 2 – “Baru Keluar Teaser Dah Trending”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 Jun 2023

Selamat Bersalin Anak Kedua, Juliana Evans Kongsi Wajah Anak

Comelnya baby girl Juliana Evans ❤️❤️ Tahniah!

Hiburan Mon, 16 Dec 2019
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

「蝴蝶姐姐」恺乐519来马举办唯一一场签唱会

来自台湾的「巧克力女神」恺乐即将带着她的全新专辑《黑蝴蝶》来到马来西亚举办唯一一场专辑签唱会,与久违的大马歌迷们见面!

Hiburan Tue, 4 Jun 2019

‘Bukan Nak Menunjuk’- Sweet Qismina

Auwww…Memang ‘sweet’ lah Sweet Qismina ni…

Featured Wed, 16 Jun 2021

Jaringan Internet Lemah, Pelajar Terpaksa Buat Sesi PdPR Atas Tanah

Setelah kisah gadis berusia 21 tahun,  Veveonah Mosibin yang terpaksa menduduki peperiksaan atas talian di atas pokok demi mendapatkan jaringan internet di kawasan pedalaman rumahnya mendapat perhatian ramai. Terbaharu, muncul pula kisah sekumpulan pelajar dari […]

Trending Mon, 18 Dec 2017

无端端拥有RM5797,该怎么花?这存钱法真的有效!

如果你发现在2018年12月31日,你拥有了RM5797,你会怎么用呢?爱旅行的年轻设计师Jas为了让自己更有趣的存钱,就实行了『信封存钱』计划!

Featured Wed, 10 Mar 2021

Rakyat Disarankan Bantu Industri Pelancongan Domestik

Ayuh majukan industri pelancongan!

error: Content is protected !!