Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 15, 2023 @ 11:34am

[VIDEO] Wow! Jungkook BTS Dengar Lagu ‘Old Love’ Putri Dahlia.. Nora Ariffin Luah Rasa Bangga! – “Memang Another Level!”

Sejak semalam, heboh di serata media sosial mengenai anggota kumpulan popular Korea, Jungkook BTS mendengar lagu Putri Dahlia dan Yuji secara langsung ketika bersiaran di laman sosial Weverse.

Berdasarkan sebuah video pendek yang tular, Jungkook mengejutkan ramai pihak apabila lagu ‘Old Love’ nyanyian anak penyanyi Datuk Nora Ariffin itu menjadi pilihan hatinya.

Ahli BTS yang popular serata dunia ini bukan sahaja mendengar lagu tersebut, namun turut menyimpan ia di playlist miliknya.

Susulan itu, berdasarkan pemerhatian XTRA, nama Putri Dahlia sehingga kini masih menjadi trending di aplikasi Twitter.

Menjengah ke ruangan Instagram, Putri turut meluahkan rasa teruja apabila penyanyi popular kegilaan ramai seantero dunia mendengar lagu nyanyiannya bersama Yuji.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @itzputridahlia

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada Putri atas kejayaan yang luar biasa itu.

Dalam masa sama, Nora Ariffin turut meluahkan rasa bangga atas pencapaian anaknya itu kerana tidak mudah untuk lagu tempatan mendapat perhatian penyanyi negara luar.

‘So proud of you my dear.. Congrats to both,” tulis Nora di komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Mar 2023

Bekas Suami Terperanjat Lufya Omar Tuntut Mutaah RM1 Juta

Mut’ah adalah saguhati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai.

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Sufian Suhaimi Bersanding Sorang Diri Di Pentas AJL 33

Alamak… belum move on lagi ke macam mana ni?

Events Wed, 8 Oct 2025

“Kami Tak Pernah Anggap Diri Hero, Ini Tentang Gaza” – Musa Nuwayri Dedah Pesanan Menyentuh Hati Dari Nadir Al Nuri

usa menyeru agar seluruh rakyat di negara ini tidak berhenti bersuara demi saudara saudara kiat di Gaza.

Events Fri, 8 Mar 2019

Co-labs Coworking Celebrates Women’s Day by Spreading Love and Goodness

What better way to show women they’re appreciated than to give them gifts of adoration.

Featured Mon, 18 Dec 2023
Featured Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Fri, 27 Oct 2023

Isu Langgar Kontrak, Amelia Henderson Tak Perlu Bayar RM200,000 Kepada A Aida

Mahkamah perintah Amelia bayar ganti rugi nominal RM10,000!

Trending Hari Ini Mon, 18 May 2020
error: Content is protected !!