Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir March 15, 2023 @ 6:35pm

“Tak Semua Orang Berpelajaran Kan?” – Siti Khadijah Halim Terkilan Netizen Berat Sebelah Gara-Gara…

Pelakon Siti Khadijah Halim meluahkan rasa terkilan apabila netizen berat sebelah dengan mengatakan dirinya gemuk manakala rakan pelakonnya, Niezam Zaidi menerima pujian.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini menunjukkan dirinya dan Niezam sedikit berisi namun hanya dirinya sahaja yang dikritik.

“Sesuatu untuk diluahkan. Hantaran di TikTok saya baru-baru ini, Niezam dan saya kedua-duanya kelihatan sedikit berisi.

“Tetapi Niezam terima banyak pujian yang mengatakan dia kelihatan kacak bila berat badannya bertambah, namun untuk saya, netizen kritik saya gemuk dan berisi macam ia sesuatu perkara yang tak baik,” ujarnya.

Menurutnya, layanan yang diterima oleh netizen berbeza antara lelaki dan wanita.

“Boleh nampak tak perbezaan layanan tu? Sangat berat sebelah.

“Jangan kritik dan bandingkan tentang perkara ini jika awak sendiri tak boleh ubah perangai sendiri,” jelasnya.

Pada masa sama, Siti seakan-akan membidas kata-kata netizen yang mengatanya sebegitu.

“Yelah kan, saya rasa tak semua orang dibesarkan dengan baik dan berpelajaran, eh?,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Trending Thu, 28 Apr 2022

Bayar Online Pun Boleh… Jom Semak 10 Kaunter Zakat PPZ Yang Dibuka Untuk Pembayaran Zakat!

Zakat adalah antara rukun Islam yang paling penting. Memetik petikan dari laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, hukum zakat mempunyai dalil-dalil mu’tamad dari sudut petunjuk dan sabitnya. Ia menjadikan hukum zakat itu jelas dan mudah diketahui dari […]

Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Trending Wed, 3 Jun 2020

Pasar Malam Pertama Mula Beroperasi Jumaat Ini

Jangan lupa baca dulu lokasinya di mana..

Selebriti Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Thu, 2 Oct 2025
Featured Mon, 6 Jan 2025
Featured Fri, 7 Apr 2023

“Saya Bangga Dengan Diri Saya” – Kalah Kes Langgar Kontrak, Diarah Bayar Lebih RM200,000… Ini Respons Amelia Henderson!

Amelia diperintah bayar saman lebih RM200,000 beserta buat permohonan maaf dan padam video berunsur fitnah.

error: Content is protected !!