Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 16, 2023 @ 6:53pm

Muat Naik Foto Bersama Fasha Sandha Kembali Ke Set Penggambaran, Kapsyen Azhan Rani: “Dah Lama Tak Berlakon Beriya-Iya”

Awal Mac lalu tular mengenai insiden membabitkan pelakon Fasha Sandha yang cedera di bahagian mata ketika menjalani penggambaran sebuah telefilem bersama pelakon Azhan Rani di Johor.

Sebelum ini Fasha ketika ditemui XTRA juga berkata berkemungkinan matanya itu bakal dibedah, namun perlu menunggu bengkak surut terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Terhentak Di Bucu Katil Sehingga Tulang Mata Patah & Bengkak, Fasha Sandha Dikejarkan Ke Hospital

ARTIKEL BERKAITAN: “Mata Kiri Mungkin Akan Dibedah..” – Tetap Hadir Ke TADS, Fasha Sandha Tunggu Kebenaran Doktor Sebelum Sambung Penggambaran

Terkini, Azhan Rani memuat sebuah perkongsian di Instagram (IG) yang memaparkan dia dan Fasha sedang bergambar ketika menjalani penggambaran telefilem tersebut.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, foto tersebut jelas menunjukkan keadaan wajah Fasha yang masih bengkak.

Namun apa yang menjadi perhatian ialah kapsyen Azhan yang seolah-olah memerli kenyataan seseorang.

“Dah lama tak berlakon beriya-iya,” tulis Azhan ringkas.

Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata rakan selebriti dan warganet memberikan pelbagai reaksi.

Malah ramai juga memberikan kata-kata semangat terhadap pasangan gandingan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Fasha Sandha Cedera, Azhan Rani Kesal Tajuk Akhbar Undang Fitnah? – “Emosi, Hati & Perasaan Aku Tak Penting Pun”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 30 Aug 2019
Trending Mon, 25 Apr 2022
Hiburan Sat, 15 Jun 2019

Syatilla Suka Suami Gemuk?

Kenapa agaknya Tilla tak nak tengok Sam kurus?

Featured Fri, 27 Dec 2019
Hiburan Mon, 8 Jan 2024
Hiburan Thu, 23 Nov 2023
error: Content is protected !!