Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 20, 2023 @ 11:40am

Belum Mampu Bayar Hutang Hidayah Sebanyak RM60,000, Ali Puteh Terkejut Rumah Arwah Ibu Pula Bakal Disita

Pelawak Ali Puteh, 34, kecewa apabila rumah ibunya, Allahyarham Sabariah Arshad bakal disita selepas gagal melunaskan tuntutan sebanyak RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali seperti yang diperintahkan mahkamah sebelum ini.

Menurutnya, rumah ibunya itu tidak ada kena mengena dengan masalah yang berlaku membabitkan dia dan Hidayah, malah tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan.

“Saya masih terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada pakcik yang memaklumkan rumah arwah mak di Batu 10, Gombak ini akan disita kerana perintah yang mahkamah sudah keluarkan.

“Saya jadi pelik sebabnya rumah harta arwah mak saya, kenapa pula dijadikan sebagai cagaran ataupun nak disita? Kes RM60,000 itu antara saya dengan balu arwah Abam. Tapi, kenapa kaitkan dengan harta arwah mak saya dan dicampur adukkan dalam kes ini?.

“Kenapa perlu kaitkan dengan rumah arwah mak saya? Masalah itu antara saya dengan balu arwah Abam.

“Saya pun baru dapat tahu benda ini dan surat (mahkamah) pun baru sampai. Lagipun, bukannya saya nak menolak membayar RM60,000.

“Kerjaya saya sudah tiada langsung dan mungkin akan bayar secara ansuran. Saya akan cuba membayarnya juga. Cuma, tak bolehlah nak bayar sekali gus sebab saya ada tanggungan keluarga,” katanya ketika temu bual bersama program Melodi.

Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, dia sudah tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dek kerana sering menerima kecaman, bahkan  menegaskan tindakannya untuk berdiam diri bukanlah kerana dia takut.

“Kes ini pun dah bertahun. Saya sendiri sudah tiga tahun orang maki hamun sebab keluar dari mahkamah dah kalah. Cakap apa pun tak akan dianggap betul. Tapi, percayalah cakap saya,”katanya.

 

Terdahulu, Hidayah menegaskan agar adik iparnya itu menyegerakan bayaran  saman berjumlah RM60,000 kepadanya tanpa kaedah ansuran.

“Dengan ini, saya menegaskan untuk pihak sana segerakan bayaran tanpa sebarang ansuran kerana saya tidak mahu ada sebarang perkara yang tidak diingin berlaku agar tidak ada oerkara berbangkit kerana hal ini adalah perintah mahkamah yang jelas.

“Saya juga ingin fokus dengan kehidupan saya dan Hamzah (anak) serta bisnes saya. Jadi, saya minta permudahkan urusan saya dan bayar dalam kadar segera kerana saya telah beri ruang dan tempoh masa yang agak lama sebelum ini. Hal ini akan diketengahkan dengan tindakan segera jika pihak sana masih melengah-lengahkan dan tidak memberi kerjasama,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 4 Mar 2020

《XTRA中文》停止更新

亲爱的读者: 您好,感谢各位长期以来给予网站的大力支持。 随着公司战略的调整推进,从即日起《XTRA中文》将停止更新。 via GIPHY 祝愿各位安康吉祥。

Featured Wed, 27 Jul 2022

“Kesian Dia… Kalau Perlukan Khidmat Peguam Bagi Tau” – Puteri Sarah Kongsi Detik Pertama Bertemu Rossa Sera

Wanita-wanita kuat bergabung! Sweet je Sarah bagi kata-kata semangat pada Sera

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Hiburan Fri, 24 Jan 2020
Hiburan Sun, 7 Jan 2018

Remy Ishak Sudah Berkahwin?

Betul ke sudah bernikah secara rahsia selepas gambar memakai baju pengantin tersebar.

Hiburan Sun, 23 Mar 2025
Hiburan Sat, 16 Nov 2024
Trending Tue, 11 Jun 2019
Hiburan Tue, 10 Dec 2019
error: Content is protected !!