Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 20, 2023 @ 12:00pm

Imaginur Berjaya Raih Kutipan RM6 Juta Sepanjang 1 Bulan Tayangan!

Pengarah Nik Amir Mustapha mengakui tidak sangka bahawa filem arahannya, Imaginur telah meraih sebanyak RM6 juta sepanjang satu bulan ditayangkan..

Menurut Nik Amir, dia tidak pernah meletakkan sebarang jangkaan terhadap filem gandingan mantap pelakon Beto Kusyairy dan Diana Danielle tersebut berjaya meraih jumlah kutipan sebanyak itu dan menerima maklum balas baik daripada penonton.

“Alhamdulillah, ia rezeki Imaginur dan saya amat berterima kasih kepada semua penonton yang sudah menonton karya ini di pawagam. Saya memang tak sangka, filem ini (Imaginur) dapat mengutip sebanyak RM6 juta dan masih ditayangkan lagi di pawagam.

“Sejujurnya memang saya tak sangka filem Imaginur boleh pergi sejauh ini. Apatah lagi, ia (Imaginur) filem ketiga arahan saya selepas 10 tahun ‘berehat’ seketika mencari idea-idea baharu untuk menyemarakkan industri filem kita,” katanya.

Untuk makluman, Nik Amir yang aktif sebagai pengarah ‘indie’ sebelum ini hadir dengan filem Kil pada 2013 dan Terbaik Dari Langit (2014). Malah, karya Terbaik Dari Langit berjaya menang Filem Terbaik di Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 dan Anugerah Khas Juri di Festival Filem Hainan 2015.

Memetik laporan Harian Metro, pengarah tersebut turut menyifatkan pencapaian yang diraih oleh filem Imaginur itu  sudah begitu besar biarpun hanya ditayangkan di 70 buah pawagam seluruh negara saja.

Malah, dia juga menganggap apa yang diperolehinya kini adalah rezeki ditetapkan Allah.

Dalam pada itu, Nik Amir turut menyifatkan keserasian lakonan Beto dan Diana menerusi filem tersebut merupakan pilihannya yang tepat selain berjaya memainkan watak tersebut dengan baik.

“Saya memang yakin dengan bakat lakonan mereka berdua dan berasa pilihan yang tepat apabila skrip dibuat siap sepenuhnya pada 2019. Sebenarnya, skrip Imaginur ini mula saya tulis sejak 2014 lagi, cuma pada 2016 lebih fokus menyiapkannya kerana saya bergabung menulis bersama Redza Minhat.

“Pada 2020, baru dimulakan penggambaran filem ini dan berhenti seketika kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan penularan Covid-19. Apapun, pembikinan filem Imaginur ini sebenarnya sangat lama dan saya bersyukur hasilnya ‘menjadi’ pada waktu yang tepat,” katanya.

Selain Beto dan Diana, filem tersebut turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Nadiya Nisaa, Datuk Afdlin Shauki, Meor Hashim Manaf, Datuk Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar dan Pekin Ibrahim.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Dec 2025

The Helmi’s Didakwa Tunggang Palestin? Geng Sumud Tampil ‘Back Up’ – “Jangan Jadi Abu Lahab! Kita Tak Patut Bangga Bila…”

Isu ‘terpaling sumud’ dan ‘terpaling Free Palestine’ kembali hangat diperkatakan selepas sepotong video pendek yang dikongsikan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi tular.

Hiburan Thu, 2 Sep 2021

Dapat Sambutan Penonton, OBTV Program Hiburan Socialtainment Tumpu Kisah Viral & Menarik

Sejak mula dilancarkan pada Januari lalu, program hiburan OBTV terbitan REV Media Group (RMG) (sebahagian daripada kumpulan Media Prima) antara yang mendapat sambutan penonton. OBTV adalah sebuah program kapsul hiburan socialtainment berdurasi 5 minit yang […]

Featured Fri, 13 Jan 2023

Rapat Dengan Mak Mentua, Puteri Sarah Dedah Sering Kongsi Masalah Bersama

Pelakon cantik Puteri Sarah mendedahkan dirinya sangat akrab bersama ibu mentua, Datin Patimah Ismail. @kedahanfans Mak mentua rapat dengan Puteri Sarah #kedahanfans ♬ Sungguh Aku Mencintaimu – Ricky Rantung Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh […]

Featured Wed, 1 Oct 2025
Featured Wed, 5 Apr 2023
Featured Thu, 13 Oct 2022
error: Content is protected !!