Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 23, 2023 @ 3:04pm

Kurangkan Berlakon Pada Bulan Ramadan, Nadhir Nasar Mahu Fokus Ibadah – Kerja Tu Bila-Bila Boleh Buat”

Pelakon dan model, Nadhir Nasar mengaku sepanjang bulan Ramadan ini, dia akan memperlahankan karier lakonannya demi memberi fokus terhadap ibadah yang harus dilakukannya sebagai seorang muslim.

Menurut pemilik nama sebenar Ahmad Nadhir Ahmad Nasar berkata, selain mengurangkan tawaran lakonan, dia juga perlu mengambil cuti untuk memberi ruang kepada dirinya berehat dan meluangkan waktu bersama keluarga.

“Sekarang ni saya tengah shooting, tapi dalam masa sama saya ada juga mengambil cuti for my self. Sebenarnya Ramadan ini  saya nak fokus on apa yang saya buat sebagai seorang manusia. Maksud saya bukan bekerja tapi sebagai seorang manusia dan benda tu i look forward untuk saya buat pada bulan Ramadan kali ini,” katanya.

Memetik laporan mStar,  pemuda berusia 27 tahun ini menjelaskan, dia memperlahankan karier lakonan pada bulan Ramadan kerana berpendapat, waktu bulan keberkatan ini amat singkat dan perlu dimanfaatkan.

” Bagi saya benda ni bulan Ramadan, bulan keberkatan dan  benda pun tak lama, berapa hari sahaja.

“Kaluau nak ikutkan, kerja tu bila-bila kita boleh kerja. Tapi ini bulan mulia kan? Lagipun, ini adalah masanya untuk saya beritahu manager saya ada few days yang saya perlu bercuti untuk buat apa yang perlu dibuat,” jelasnya.

Mengakui penat menjalani penggambaran pada bulan Ramadan, Nadhir mengimbau dua naskah lakonannya yang memberikan impak besar buat dirinya sebagai pelakon kerana pada ketika itu, dia telah memberikan sepenuh tenaga demi menjayakan wataknya dalam cerita tersebut.

“Memang penat sangat, masa tu saya dah berikan high par saya punya tenaga lebih-lebih lagi shooting pada ketika itu adalah pada bulan Ramadan dan cuaca terik.

“Memang menguji erti kesabaran sangat.Tapi bagi saya benda tu penting untuk setiap manusia mengalami proses itu kerana nak sabar tu memang payah,” jelasnya.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Jun 2026

Masih Malu Bercakap Tentang Haid? Kempen ‘Just Flow With It’ Anjuran SAYS Mahu Ubah Persepsi Masyarakat

SAYS melancarkan kempen baharu bertajuk Just Flow With It yang bertujuan membuka ruang perbincangan lebih sihat dan terbuka mengenai isu kesihatan wanita di Malaysia.

Hiburan Fri, 8 Aug 2025
Featured Mon, 6 Sep 2021

Qari Terkenal Berdepan Tuduhan Gangguan Seksual, Didakwa Dengarkan Bacaan Al-Quran Selepas Merog*l

Qari dan pendakwah popular yang dikenali di beberapa negara Asia seperti Malaysia dan Indonesia, Fatih Seferagic dilaporkan berdepan dengan dakwaan tuduhan seksual. Menerusi laporan FACE, Fatih didakwa atas pertuduhan seksual ke atas ramai wanita dan difahamkan mangsanya yang […]

Featured Thu, 22 Apr 2021

Janna Nick Dedah Hidap Penyakit Bipolar, Pernah Cuba B*nuh Diri

Pelakon dan pengacara Melodi, Janna Nick mendedahkan beliau mengalami ‘bipolar disorder’ yang merupakan sejenis penyakit gangguan mental melibatkan perubahan “mood” atau perasaan secara melampau sehingga menjejaskan aktiviti seharian. Menurut Janna yang mendedahkan perkara terbabit di […]

Trending Wed, 9 Jan 2019

Tersalah Letak Gambar Pengantin, Habib Jewels Mohon Maaf

Alamak, macam mana boleh tersalah gambar pengantin pula ni? Hehe…

Featured Thu, 3 Aug 2023
error: Content is protected !!