Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 23, 2023 @ 9:42am

“Itu Pacar Barunya?” – Sambut Birthday Ke-40 Di Pusat Hiburan, Gelagat Mesra BCL Bersama Tiko Aryawardhana Jadi Tanda Tanya

Pelakon dan penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas tular sebuah video dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di TikTok itu, BCL kelihatan sangat teruja dapat menyambut ulang tahun kelahirannya bersama rakan-rakan rapat di sebuah pusat hiburan secara tertutup.

Dalam perkongsian tersebut, BCL telah menarik tangan lelaki yang dikenali sebagai Tiko Aryawardhana untuk berada di sisinya sepanjang lagu ‘Happy Birthday’ dinyanyikan kepadanya.

Menyedari perkara itu, gelagat mesra penyanyi itu bersama lelaki berkenaan mula menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet.

@kiaisauraaa #bungacitralestari #bclsinclair #teambcl #bclicious #kiaisaura @BCL Official ♬ suara asli – Kia Isaura

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan netizen yang turut musykil dengan hubungan mereka.

Malah, ada juga yang tampil mengucapkan selamat ulang tahun dan memuji kecantikan BCL yang kekal awet muda.

Terdahulu, penampilan BCL telah dikecam selepas dirinya mengenakan pakaian yang mencolok mata dan dikelilingi oleh ramai lelaki ketika berada di kelab malam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Makin Hot Sekarang” – Kongsi Momen Di Kelab Malam, Tampil Seksi & Dekelilingi Ramai Lelaki… BCL Dikritik

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 20 Oct 2018

Tahniah! Zairil- Dyana Sofea Kahwin Disember

Sama cantik, sama padan. Selamat Pengantin Baru Dyana & YB Zairil!

Featured Wed, 13 Oct 2021

Dah Suntik 2 Dos Vaksin, Melancong Pun Dah Dibenarkan… Negara Mana Yang Kita Boleh Pergi Ni?

Berikutan dengan pengumuman kebenaran rentas negeri, melancong dalam dan luar negara telah dibenarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula Isnin, pasti ramai yang tak sabar nak pergi menggunakan peluang tersebut. Nanti dulu! […]

Trending Fri, 30 Mar 2018

Bakal Pengantin Sempat Pergi Menyamun!

Bagaimanapun, peguam Ishak Kari yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori akan melangsungkan perkahwinannya bulan depan dan semua persiapan telah dibuat.

#tilljannah Mon, 29 Aug 2022
error: Content is protected !!