Hiburan By: Fatin Nurain March 24, 2023 @ 11:00am

Anak Terpaksa Jalani Pembedahan Patah Siku, Akui Cemas… Ummi Nazeera Syukur Suami Sentiasa Ada Di Sisi

Pelakon Ummi Nazeera tampil berkongsi detik cemas apabila anak sulungnya, Ayra Aneesah terpaksa menjalani pembedahan kerana tulang sikunya patah, baru-baru ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Ummi menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Menurut Ummi, dia berasa bersyukur kerana suaminya yang juga merupakan seorang doktor, Mohd Izzar Anwari Abdul Khani sentiasa berada di sisinya sewaktu detik cemas itu berlaku.

“Alhamdulillah, Ayra Aneesah operation went well. I dont know what i would do without you, Izzar. Thank you for being so calm. That makes me calm,” tulisnya.

Menyedari perkara itu, pelakon drama Risik Pada Hati itu juga menyatakan pentingnya keberadaan seorang suami dikala isterinya sedang emosi dan sedih.

“Bila anak sakit, sangat penting ada suami atau ayahnya di sisi. Kadang kadang ibu emosi, sedih sangat tengok anak sakit.

“Semoga Izzar dan semua ayah di luar sana terus menjadi ayah yang baik dan hadir dalam hidup anak anak kita. Kita doakan ya,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, Ummi turut berkongsi perkembangan terkini anaknya itu yang semakin pulih biarpun perlu berehat selama empat ke enam minggu.

Malah, Ummi juga meminta cadangan orang ramai mengenai aktiviti yang bersesuaian untuk dilakukan oleh Ayra sepanjang menjalani proses penyembuhan.

“To those asking, Ayra is feeling better but she has to be careful for the next empat ke enam weeks to ensure her elbow is fully healed. No school. Thanks also to doc Suresh and everyone at Sunway Medical centre for taking good care of Ayra.

“Boleh suggest pada saya aktiviti apa yang boleh saya buat untuk anak saya umur empat setangah tahun yang patah tangan? Doakan Ayra pls.. Thank you,” katanya

Terdahulu, Ummi dan Izzar telah mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iatu Ayra Aneesah, 5 dan Aysha Arsylia yang kini berusia dua tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Mar 2024

Demi Perbaiki Diri, Syafi Tee Bersendirian Selama 6 Bulan… Akui Tak Minat Berkawan

Kira dalam fasa healing sorang sorang lah ni kan ☺️

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

“嫲嫲”李香琴淡近照曝光 行动不便定期做治疗

现年85岁的李香琴在2010年拍摄《公主驾到》期间意外晕倒后,就开始淡出娱乐圈,有传患上脑退化及高血压,多次在家中跌倒,导致行动不便,至今已有6年的时间,直到近期港媒公开了她的近况,让剧迷直呼想再看嫲嫲演戏。

Hiburan Wed, 16 May 2018

Here’s a Brand New Awesome Malaysian Band Everyone Must Check Out

They are young, fresh and totally worth listening to.

Trending Fri, 30 Mar 2018

Idayu Megastar Tiru Suara Artis Popular Termasuk Mendiang Michael Jackson. Memang Sebijik!

Idayu mempunyai bakat meniru suara penyanyi popular seperti Allahyarham Sudirman, mendiang Michael Jackson, Mariah Carey, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Shakira, Amy Winehouse dan ramai lagi. 

Trending Wed, 25 Apr 2018

Impian Jadi Kenyataan, Remaja Perempuan Dapat Bimbingan Tiger Woods…

Bekas pemain golf nombor satu dunia itu kemudian menulis mengenai pertemuannya dengan remaja berkenaan di Twitter. Bertuah awak dik, gunakan peluang sebaik mungkin ok!

Trending Tue, 28 Aug 2018

Here’s Why Things Aren’t Going Well For Manchester United

Here’s a hint; there’s something to do with who’s managing them.